Thursday, November 18, 2010

belit-belit serabut?kasi potong.setel

Yup.tamat sudah 1 semester di penjara matrikulasi gampang gambang,pahang.syukur dengan segala metod untuk servaiv yang dibekalkan oleh rakan-rakan,wa berjaya lepas sem 1 yang agak haru biru.hidup terasa macam dalam blender.betul ah kata warga-warga emas kampung pandan,"lagi jaoh ang jalan,lagi pelek jelek punya pesen manusia ang jumpa nanti taw","ho la,manusio gitu aa panga bodo supo nate.mu jupo aa sek2 tu nati"-sila bayang suasana kampung di mana 2 orang tua bergosip sakan sambil mengunyah sireh.

di dalam sebiji cengkerang kacang,wa berjaya ah tek note pasal pesen2 homo sapien sama ada yang bertulang belakang atau tidak kat sini.antara calon-calonnya ialahhhhh:

Poser
sekelompok kecil yang wa anggarkan kalau wa kumpul bolehla buat 3 team bola.tahniah bagi lu orang yang masuk dalam golongan ni sebab lu berjaya menipu mata abang-abang cafe serta kakak kiosk.tapi sorila dude n dudettes,lu tak boleh tipu wa.lu adalah antara orang(eh orang ke?) yang paling wa tak suka sebab,sebab wa tak suka ah.macam haram.

dulu dekat sekolah lama wa tanya member lu diorang cakap lu nerd habis,antara kategori alim ulama sikit lagi nak jadi wali.tasbih dekat tangan macam dah kena gam.kopiah tu dekat kepala sampai rambut dah tak kenal menatang alah apa cahaya tu.tapi sekarang,wah2.lu ah taiko.pakai rantai apejadah tah,mau 2 3 kilo jugak dekat leher lu tu.baju ketat.beg tokan.fuhh memang ngetop ah.katang habis wa tengok.apa jadi dengan diri lu yang dulu?dah tak best eh kawan dengan Tuhan?nak kawan dengan setan lak?adoi.kot ye pun lu terasa nak berkawan takkan ah sampai macam tu sekali.haih.

cerita golongan ni tamat di sini sebab wa terasa diri sendiri juga selaku seorang pose-r

Loner
oreng-oreng yang buat segala macam benda sorang-sorang.makan sorang(kedekut),pergi kuliah sorang-sorang,kelas tutorial sorang-sorang,mandi sorang-sorang,berak sorang-sorang,*____________(sebarang kata kerja+sorang-sorang).semua benda nak buat sorang-sorang ah.boleh ke ah hidup kalau macam ni?boleh aa kot dah diorang stedi je.tapi agak-agak kalau 1 hari tu mereka-mereka ni terkunci dalam tandas ke,bilik ke,loker ke.ha arwah aa lu SORANG-SORANG gak dalam tu.konon belikari ah buat semua benda sorang-sorang ni?bongok namanya.

Cliques
mereka yang selalu kemana-mana dalam berkumpulan.dekat sini banyak ah sebab hok duduk sini sek2 timor kelate ganu hok paling banyoknye.gahhhhhh.assabiyah betul.tapi bagus ah diorang ni.semangat lu-jaga-bontot-wa-wa-jaga-bontot-lu yang diorang tunjuk wa respek.

"weh,aku malas nak pergi kelas.tolong sainkan lecture aku nanti"

"bereh bohhhh"

ha kan bagus tu?selamat dunia akhirat diorang.amin.


banyak lagi jenis-jenis diorang ni tapi aku malas dah nak taip.ni pasal 1 perangai komon yang aku jumpa dekat semua orang:

bak kata House,
 "EVERYBODY LIES"
mungkin harini lu nampak sorang minah dengan tetek cup 34d yang lu rasa sungguh pefek depan mata lu,dengan punggung lebar yang memikat,gaya jalan yang rasa kalau kena jentik sikit konfem tegolek dok.fuhhhh.mantap ah senang cerita.
tak payah percaya ah.
tetek silikon bagi yang mampu,tapi wa rasa kalau lu nampak dekat kolej kita ni konfem minah tu sumbat tisu,tak pun kertas pekse haritu.dah tu,belaja tak nak.asyik pikir macam mana nak besarkan tetek.haih.
(sori wa tak cakap pasal betina usha jantan sebab wa jantan.takkan nak cerita pasal kontol tesembul time tengah jalan kot kan?oh tahi dah tercerita)


signifikannya cerkon kat atas ni wa nak bagitau yang takde orang yang jujur kat sini.tak menipu member cakap tak cilok boxer dia,tipu lekterer bagitau bukan dia yang melancap dalam kelas,tak pun tipu mak guard cakap yang dia sebenarnya baru lepas bedah alat kelamin tukar jantina semata-mata nak masuk blok pempuan.


SEMUA KAKI KENCING


FIN


p/s:buat si pemakai kasut supra merah yang aku cukup jeles,aku dah tak jeles.kau ingat    hipster sangat ah kau?jastin biber bro pakai supra.bluergh


 



 

Saturday, November 6, 2010

kemalangan ngeri


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


*aku copy note dekat facebook.harap maklum.trimas

Friday, October 29, 2010

JANGAN MASUK!

*sesungguhnya laman sesawang belogsepot ini telah menjadi betul-betul bersawang maka aku mengambil inisiatif untuk membersihkan ia bagi mengelakkan penambahan spesis-spesis serangga jenis amfibia daripada bermutasi secara rawak.sila lawat lain hari.



Tuesday, August 3, 2010

boneka jambu bersongkok

dah tak boleh pakai bulu ayam nampaknya.kena tukar vakum.belog ini makin berdebu!damn

Ke pangkal jalan.
Diskusi selasa membincangkan perihal pemesongan nueron otak kanak-kanak yang masih belum mimpi basah.komplot-komplot manusia yang sebegitu cerdik cerdas mindanya memperlakukan mereka-mereka ini dalam usaha untuk mengalahkan kekayaan ahmad albab.

Insiden di bandar kuantan(kuantan lagi) tak habis-habis cucuk kepala otak aku.2 makhluk tuhan yang paling seksi,eh2.salah.2 makhluk tuhan berwajah inesen lengkap bersongkok dengan beg tokan mundar-mundir sekitar warung mamak menjaja air liur "salam,derma rumah anak yatim,bla3.etc"(yang selebihnya aku tak dengar sebab tengah khusyuk mentelaah pinggan dan cawan)

Aku pelik,hairan.kutip derma apa pukul 10 malam?lalu hangatlah meja aku dan rakan bergosip mengalahkan dewan parlimen.

Dunia akhir zaman.manusia semua mahu hidup senang.tak kisahlah apa cara sekali pun.termasuklah mengencing suku kaum sendiri.tak agak-agak pulak tu.

Bukanlah nak kata apa tapi taktik busuk dengan guna budak-budak.mintak derma pulak tu kononnya.buat aku rasa,aish nak tangan-tangan je muka kepala organisasi hitam ni.kalau dah otai samseng sangat tu pergilah rompak bank ke,kedai pajak gadai ke,kedai runcit ah kwong ke.ni nak jugak pakai kanak-kanak berwajah jambu.apa dalam hati ada taman ke der??

Justeru aku disini selaku orang yang tak tetap pendirian tapi cakap masih boleh dipercayai warga seantero dunia ingin menyarankan agar pihak kerajaan merangka semula RMKe berapa tah dan memberi elaun serta subsidi kepada kepala-kepala organisasi hitam ini agar mereka tidak lagi memperdagangkan air liur kanak-kanak jambu ini.dan kita selaku rakyat mesia yang kedekut lagi prihatin dengan masalah orang lain atau dengan erti kata lainnya suka menyibuk tepi kain orang haruslah berhati-hati sebelum menghulurkan sebarang derma walau sesen dua.atau senang tak payah bagi langsung ah.

*p/s:buat kamu-kamu yang baca ni kalau jumpa aku dekat kedai makan pastu ada rasa nak mintak derma ke(manalah tau nak tukar profesen jadi pengutip derma a.k.a pemintak sedekah tetap ke kan),tak payah beranganlah aku nak bagi sebab nenek aku kata tak baik hulur duit time makan.aku tak nak jadi cucu derhaka.

END

Sunday, July 18, 2010

repekan si homo sapien

yeah.dengan telefon tangan sekali lagi.terpaksa menaip.sesawang sang labah-labah telah memenuhi ruang kosmik belog ini nampaknya.

Sepencarian harta karun di bandar kuantan telah menemukan beberapa perilaku janggal antaranya si minah tompel yang dahulunya menjaja cincau kini menjalankan perniagaan barangan pre-loved.lebih market katanya.terserempak dengan ah kwong anak lelaki mr tan yang sedang mengusung botol shisha.dah berhenti merokok katanya.shisha pulak?haih manusia.

Perubahan mendadak manusia mengalahkan teori darwin kadangkala menyebabkan aku ternganga.ligat neuron-neuron otak mencari solusi kepada permasalahan yang menggunung-gunung mengalahkan jendul haji sanip criscet.

Orang kampung menyalahkan orang bandar dek kerana perangai yang kurang sopan,orang bandar menyalahkan orang kampung sebab budaya kekampungan yang dibawa ke bandar.apedehal?

Dekat sini aku nak cakap semua salah!biasalah tu bila binatang lain ceroboh kandang binatang lain.takkan tiba2 bermutasi,menyondol ahli kandang yang lain?tak ke panas pengerusi kandang kalau ada newcomer melancarkan serangan sperma terhadap si betina gerek?berbulu beliau.confirm.

Secara mudahnya bagi kamu yang tak faham-faham lagi ialah janganlah kamu dengan mudah sambil lewa menganggap,mengklasifikasikan manusia sesuka hati.bagi peluang dekat mereka belajar adat,cara tempat baru.kalau betul diamkan.kalau salah.bisikkan.tak payahlah sampai status mukabuku,mespes,kawanster,tagged dan segala macam lagilah,nak tulis pasal mamat ni pakai sweater siang-siang buta macam orang gila.minah ni pakai selipar nippon pergi cafelah.tak perlu.cuma tengok.diam.dan kutuk senyap-senyap.ok?

Al-kisahnya dah dekat 2 bulan aku jadi pemastautin tetap tapi sementara dekat kmph.macam-macam orang aku dah jumpa.anak lord,anak anak ikan,anak ayam,anakin skywalker je belum.macam-macam gaya.dan bermula dari situ jugak lah telinga aku panas dengar repekan,komen-komen dari mereka yang kononnya pefek tapi hancus.come on people.we can do better than this.

FINAL

Friday, July 2, 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Dinosaur

orait.ini sangat menarik.pentaipan kali ini dijalankan melalui telefon tangan.haha.sedikit absurd terasa di sini.tak boleh nak taip panjang.leceh.penat.payah.

Hari ini terasa bagai tak kena.pagi dinihari aku bangun terpinga-pinga.ternganga.air liur basi berbau hamis sangat tidak ortodoks dengan perasaan bercampur baur dek kerana mimpi yang tah apa-apa.satu lagi hari bakal dilalui di kolej.terasa nak pakai e=mc kuasa 2 untuk mengira selaju mana masa telah berlari meninggalkan aku semenjak lepak-ing dekat sini.haish.serabut.

Hari ni berlalu macam biasa.dengan perasaan separuh sedar,"eh dah pukul 12?"balik ke bilik.stress.tekanan.ditaji dalam kuliah.rancangan esok hari yang dah setting 2 3 minggu pun batal.kesian bonda.sedih suara beliau.tapi yelah kan.kita yang merancang.Dia yang tentukan.selalu aku terfikir,mana manusia yang nak sangat cipta mesin masa?mana doraemon?mana?mana??ahhh

Tekanan lagi.

Wahai kawan,teman,sahabat.maafkan aku kalau berlaku sombong,bermuka platipus kematian pucuk.sesungguhnya aku sangat tension.kalaulah aku boleh aplikasikan projectile motion terhadap emosi aku sekarang.sudah tentu sir hazri senyum girang segirang kucing bunting beranak lapan bersama aku.haih

Oh Tuhan.tolong aku.

FIN

Thursday, May 27, 2010

konsep sempurna yang disalahtafsir

banyak orang merungut dengan nasib diri sendiri.
ini tak dapat bising,itu tak dapat mengeluh.
kamu semua tak sedar yang kamu ada semuanya tapi kamu masih tak reti nak menghargai.
lepastu mulalah memekik terlolong hidup tak pefeklah,bermasalahlah,nak matilah dan macam-macam lagi ah.
kalian tak sedar banyak lagi orang yang bernasib malang.tapi bezanya mereka terima seadanya.tak merungut,tak merengek serupa kamu.


tengok ni




syukurlah dengan apa yang kamu ada.ramai lagi yang kurang bernasib baik daripada kamu yang kononnya malang habis tu.cehh


*aku akan meninggalkan ruangan ni buat seketika.kolej matrikulasi pahang.maaf penang aku terpaksa menolak tawaran kamu bersantai di sana.aku pernah gagal.kegagalan terbesar rasanya dan aku ingin memperbaiki kegagalan itu.aku tak nak ambil cara mudah dengan belajar secara santai.aku mahu sesuatu yang lebih mencabar.jadi,ini pilihan aku.

selamat berjaya kawan-kawan

fen

Saturday, May 22, 2010

Warga Emosi Cair di Pangkuan Wanita dan Retoriknya

wokeh.tah kenapa,minat aku terhadap tajuk-tajuk stylo-milo(style ke?ye kot)semakin membukit seperti dahi pak cik kantin sains selangor.pengaruh rakan?pengaruh budaya barat?(apekah?) atau mungkin perubahan hormon-hormon di dalam badan?
aku rasa tak kisah apa tajuknya.asalkan jangan cuma 'indah khabar dari rupa'.erkk.ok.babak seterusnya

mungkin tajuk agak susah difahami.yelah,bahasa barat kalau sudah dimelayukan memang agak kepelikan sedikit.
warga emosi aku spesifikkan kepada pak abu,abang kasim dan adik joyah yang tengah main guli.wanita pula,wanitalah.

pada suatu hening malam yang dipenuhi makhluk-makhluk halus kemerayapan di pokok mangga rumah mak minah ronggeng,kedengaran suara pak abu serta pasangannya mak senah nasik lemak sedang melepaskan kegersangan masing-masing.ini berikutan pak abu yang kerap bekerja syif malam selaku abang guard(gelaran yang direka sendiri pak abu walaupun sudah menjangkau 69 tahun) di sekolah agama berasrama di kampungnya.

dalam usaha bagi pak abu untuk memuaskan nafsu serakah isterinya itu,macam-macam cara dilakukan tetapi dia tidak dapat bertahan lama.hasil berkat menonton video-video biru yang dibluetooth dari pelajar-pelajar sekolah agama tempat kerjanya.tatkala projek warga emas yang sedang berlangsung itu hampir tamat,sepasang mata sedang asyik melihat adegan-adegan kemuncak itu.watak kedua yakni abang kasim,boipren kepada joyah,gadis idaman seantero kampung sukasuki.

tidak sampai 15 minit maka klimakslah pak abu sambil memandang kepada isterinya.mak senah kelihatan berang seperti singa yang baru lepas keguguran anak ke-4.
"senah tak puas lagi abang dah p****t!bencilah.menyampah!"(sila baca dengan nada keras tapi terketar-ketar)

"sori"(nada emo pak abu)

tiba-tiba kedengaran bunyi agak ganjil datang daripada bawah rumah,kedengaran suara kasim sedang gelak cover tak kantoi.pak abu pergi mengusha suara gerangan siapakah atau apakah itu.kelihatan makhluk berbadan gempal berparut jerawat batu sebesar batu cincin di atas hidungnya.sah,itu kasim.radio CNN yang melantik dirinya sendiri.menyebarkan dakwah-dakwah dan berita-berita berupa fitnah tetapi anehnya semuanya benar belaka(pulak dah fitnah boleh benar)

pak abu tersandar.malu.habislah.berita kepancutan keawalannya sebentar tadi pasti diketahui rakyat jelata berfikiran sempit di kampung sukasuki tu nanti.pak abu emosi.tak keluar rumah.

memang benar tilikan pak abu.tidak sampai 5 minit seluruh penduduk kampung telah tahu hasil berkat dan usaha kasim yang mengepost video perbualan pak abu dan isterinya tentang tragedi 15 minit itu di tiub-U.Maka kecohlah Kafe Siber kepunyaan orarng tua joyah dengan pelanggan-pelanggan tetapnya seperti pak khamis,tok ketua ranggi,si imam masjid dan ramai lagi warga kampung yang lain.video eksklusif pak abu telah berjaya mencapai 15,666,999 view dalam masa setengah jam pertama ia dipost.femes pak abu tatkala itu.berikutan dengan itu,dunia twitter juga sesak tatkala ramai warga kampung yang sibuk mentwitkan berita panas itu.pak abu membuka akaunnya,hampir semua rakan yang difollownya dalam twitter membincangkan perkara itu termasuklah janda lebai pak awang.

pak abu mencampak blackberrynya jauh.pak abu emo.selang 2 hari,berita kematian pak abu tersebar.pak abu mati terkejut kerana skrin blackberrynya tercalar.

babak kedua,
abang kasim meneruskan hidup seperti biasa.mengacau bapuk-bapuk yang berlenggang pulang dari pasar,menyorokkan tompok;maskot biawak kampung sukasuki dan tak lupa juga aktiviti kegemarannya bermain guli.

seperti biasa pada hari minggu yang hening,abang kassim 28 tahun,gemuk dan tidak mempunyai pekerjaan tetap mahupun sampingan akan bergerak ke rumah joyah setelah kenyang mentekedarah di rumahnya.mencari adik joyah yang juga mempunyai hobi yang sama dengan beliau iaitu bermain guli.adik joyah yang bernama adik joyah seperti tertera di surat beranaknya dek kerana kesilapan jururawat berbangsa jerman di hospital besar kampung sukasuki itu,sering dicari abang kasim untuk bermain guli kerana adik joyah tak sehebat abang kasim yang merupakan juara 14 kali inter-kampung dan bakal mengulangi kejayannya pada minggu hadapan pada kejuaraan kali yang ke-10 nanti(10?macam mana dia boleh menang 14 kali?)

permainan dimulakan dan anehnya kali ini abang kasim kalah.ternganga abang kasim.tersedu-sedu percakapannya tatkala melihat riak bangga adik joyah.kembang kempis hidung beliau.abang kasim emosi.menyalahkan gulinya.retaklah,tobeklah.guli adik joyah besar sedikitlah.dan macam-macam lagi.namun begitu adik joyah tetap tenang dan dengan selambernya berlalu pergi sambil kentut di hadapan abang kasim.terkesima abang kasim diperlakukan sebegitu.

abang kasim bengang.abang kasim emo diperlakukan sebegitu.dengan sepantas kelajuan cahaya abang kasim mengsms si joyah untuk berjumpa.berjalanlah si joyah dengan lemah gemalainya keluar dari pintu rumah untuk berjumpa dengan abang kasim.dia berkata

"ekele depan rumah pun nak sms?panggil jela gemuk!"

abang kasim tersedu sedan menceritakan bagaimana dia kalah dengan adik joyah sebentar tadi.bengang abang kasim.emo abang kasim.joyah tidak memujuk abang kasim tetapi cuma menukar topik secara tiba-tiba dengan bertanyakan khabar kambing peliharaan ayahandanya.abang kasim terlupa seketika tentang hal guli tersebut dan menyambung cerita kambing itu.namun di dalam hatinya itu masih tersimpan dendam emo kesumat terhadap adik joyah.

habis dah cerita.apa signifikannya cerita di atas?
lelaki emo?ya betul.
aku sebenarnya kehabisan cara untuk mentafsirkan tragedi kebangangan manusia.
jadi aku buat cerita di atas.bukanlah berniat untuk menerbitkan filem porno atau lucah.
kisahnya beberapa hari lalu aku ada berkomunikasi dengan sejenis organisma yang ingin aku klasifikasikan selaku hidupan beperwatakan manusia purba,emo tak tentu masa dan kembali tenang pabila bersembang dengan sang wanita.aku pelik.aku hairan.

aku mengaku aku rasa aku ada buat beliau sakit hati tapi tanpa niat.sekadar bergurau.sudah aku nyatakan kegurauan tersebut kepada makhluk serba hampes ni.tapi jawabnya

"no komen"

aku pun,

"wadehek?"

datanglah seekor wanita,mengatakan aku memang begini,bla,bla,bla.malas aku nak layan manusia berperangai ungka.dan yang lebih petatik,si lelaki terus melupakan emo yang memuncak tadi macam tu je.padahal tadi marah aku bukan main hebat.aku cakap sepatah dia jawab macam pakai skrip dalam novel panjangnya.

"wah mat lu kalau dengan awek cakap baik je"

dasar manusia hipokrit.
bukan nak kata apalah kan.tapi aku cukup jelik dengan orang-orang sebegitu(layak ke dipanggil orang)
lebih spesifik.lelaki sebegitu.dengan lelaki pehhh.gila ah tak nak buat kawan.
kalau perempuan anytime jalan.
aku bukanlah mencadangkan kau menjadi gay.tapi bagi sama rata ah kawan.
ni tak,orang mintak maaf tak nak dengar.tapi perempuan ajak sembang layan.
aish,kadangkala aku malu mengaku lelaki(erk,apekah?)


dahlah,aku pun nak emo jugak ah macam ni


अंत

Thursday, May 13, 2010

Topeng Perhiasan Manusia Urban

Kehilangan sumber-sumber metafora dan hiperbola yang agak melampau menyebabkan aku lama meninggalkan belog ini.atau adakah aku sudah berjangkit dengan penyakit sang koala atau si tapirus indicus?mungkin.

tapi tak mengapa.moving on

cacatan kali ini aku coret sebab teringat dekat kata-kata seorang rakan.

"kau tak rasa orang mesia ni gila pesen(fashion)ke?semua benda nak mahal-mahal je.nak branded je"

pada tatkala otak aku yang tak seberapa betul ditambah pulak dengan mentaliti yang agak kolot superb,sekeras-keras helmet pak mat pekerja kedai cat aku bangkang.hujah-hujah yang tah apa benda aku sembur,tabur je.tapi semua cakap aku mamat tu kiokkan dengan selambanya.akhirnya aku mengeluarkan ayat ultimate aku.

"bro,cuba kau tengok tu"

"apa dia?"

"pizza hut buat offer.lapar doe.jom ah"

"orait gak,aku pun lapar ni"

hah.pasal makan laju je.dan berakhirlah sidang konferens antara aku dan si pelahap.bangang betul mamat ni.haha

tapi,dalam masa yang sama aku fikir.ada betul gak kata si pelahap ni.walaupun otak beliau kebanyakannya agak cenderung ke arah benda-benda lucah seperti remaja-remaja lain.

yelah kalau kita tengok sendiri pun,jalan-jalan dekat mana-mana pusat kemaksiatan tak kisahlah Kuala Lumpur ke,Kuala Lipis ke,Kuala Pilah ke.Kuala Selangor bukan.Ada wali pernah duduk situ.tapi dia dah pindah Puchong.heh.sebarkan kesesatan ke tempat lain agaknya.

balik ke pangkal jalan.
mesti nampak manusia-manusia berpakaian serba stylo,bergaya selagi boleh.dari mat rempit hinggalah ke mat yo2 wassup.tip-top wallahhh

itu semua tak menjadi masalah.ya aku tau.kalau mereka berpakaian selebet selekeh kita pulak yang jelik termuntah-muntah.
masalahnya ialah,cuba lu tanya member lu kenapa baju ini yang dipakai,kenapa kasut itu yang disarung,kenapa boxer itu menjadi pilihan hati,kenapa?kenapa?kenapa?

jawapannya mudah

"shirt topman ni bro,gua baru beli semalam dekat mid.baru bergaya!"

"kasut timberland ni aku beli dekat singapura masa cuti sem hari tu.barang import ni mat.baru ada class"

"boxer aku kau usha?gua straight dude.blah2"

erk,ok jawapan yang last takde kena mengena.

jadi apa signifikannya situasi-situasi di atas?
tak tahu?tak faham?kurang jelas?samar-samar ayam?
lembab betullah kamu.macam ManU tatkala dititik Chelsea home dan away.

itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran manusia-manusia duniawi.barang branded baru nak style.benda import semua hebat.aish
pada akulah,tak salah rasanya kalau kita cuma pakai jenama abibas ke.asadi,croc longgok pasar malam atau yang paling jimat barang-barang pre-loved yang berlambak dekat mesia ni.ia tetap stylo.tetap hebat.tapi yelah.mentaliti.stigma homo sapiens terhadap barang-barang mahal tetap tak berubah.ada kalanya design bagi sebuah jenama tempatan yang tidak sefemes barangan luar lebih mengancam tapi dek kerana ia jenama tempatan yang tidak dikenali ramai,lu orang pandang sebelah mata je.ada yang tak pandang pun.kalau ada yang pakai kamu mulalah menjadi dj tak rasmi.sibuk sebar sana sini mamat ni pakai barang murah.minah tu pakai barang fake.ei apedehal lu mat?

yang lu pakai tah apa-apa tiru artis ni lah,pakai Onitsuka konon-konon indielah(padahal hipster).ha tu apa pulak?tak payah label-label orang murah,kedekut,miskin apa bagai.mereka cuma jadi diri sendiri.itu tak salah bukan?

rasanya orang-orang macam ni mesti jarang tengok cermin.tapi selalu bercerminkan orang lain.mengutuk tak tentu pasal.

jadi konklusinya,tak perlu pada aku untuk kita berhabisan uwang dan sen semata-mata nak bergaya.kita cuma perlu bijak mentafsir situasi.mencipta sebuah pandangan yang indah di khalayak ramai.cuba renungkan falsampah hidup aku yang baru

"Untuk berjaya dalam hidup kita tak perlu jadi pandai,kita hanya perlu pandai-pandai untuk   hidup"

ENDIR

Saturday, May 1, 2010

Epik Propaganda(Emas Pembangkang)

aku tahu ini agak pelik bagi orang yang mengenali aku.
tapi aku rasa sudah sampai seru dan cukup akal bagi aku membincangkan perkara yang lebih serius.

"Nak baca silakan,tak nak baca silalah blah"

ok

"Life is all that we need but the lies is all that we see"
-BUNKFACE,soldier(lagu pebret aku buat masa kini)

lirik atas tu jelas menceritakan keadaan dunia yang kononnya aman sekarang ni.tak payah pergi jauh.
Malaysia pun ada.
penipu,pembohong,kaki belit bersepah.
aku baru lepas melekatkan mata dengan video dekat tube-u.cerita pasal permasalahan terkini.
kematian mengejut seorang remaja berusia 15 tahun.adik Aminulrasyid akibat ditembak pihak berkuasa.
jangan cakap dekat aku yang kamu semua tak tahu.

aku bukanlah pro-gov atau anti pembangkang.cuma,kadang-kadang aku terfikir

"betul ke ni?"

di dada akhbar sibuk mengatakan cerita ini,Pak Abu dan Sarip Dol kampung sebelah sibuk menceritakan cerita itu ketika melepak di warung mamak 702.
jadi watak sampingan macam aku hanya layak berfikir sekejap dan akhirnya hanya mampu mencipta 1 konklusi yang mungkin bercanggah dengan kebanyakan orang.tapi yelah kan.dah nama pun konklusi aku jadi apa kamu kisah?

jadi konklusinya,
yang salah:ahli keluarga,arwah,pihak berkuasa
yang betul:AKU
yang untung:pihak pembangkang kerajaan

sebab?
yang bersalah ahli keluarga kerana,yelah si ibu,kakak,pakcik,makcik,tok nenek apekejadah semua tu sibuk membela mengatakan anak remaja ini baik,aktif sukan,rajin hadiri aktiviti surau..macam-macamlah kebaikan beliau.TETAPI,baik ke keluar tengah malam dengan kawan-kawan,memandu tanpa lesen,terlanggar kereta orang(lari pulak tu),lari dari pihak berkuasa.baik ke?
ye aku tahu,boleh tahan baik lah kan.tapi inilah masalah sekarang.manusia tak tahu beza buruk baik.burit ah semua ni.

untuk si arwah aku tidak mahu mengulas kerana sesungguhnya beliau sudah tiada dan jelas bahawa beliau cuma tersilap langkah,dan berada di tempat yang salah pada masa yang salah.Al-Fatihah.

yang bersalah ketiga yakni pihak berkuasa,PEMBUNUH.itu yang orang labelkan mereka sekarang.yelah,siapa suruh tembak budak belasan tahun.kalau mangsa merupakan seorang dewasa bermuka bengis,parut di hidung mungkin masyarakat tidak akan kalut.tapi tidak,sama seperti arwah,mereka juga tersilap langkah.prosedur-prosedur sebelum tembakan seperti tembakan amaran ke udara turut hilang tatkala hati kaget dan jantung mengepam darah lebih pantas daripada biasa.tak lupa juga hasutan iblis setan di dalam hati

"Tembak je bro!"

BANG!
kioklah mangsa.
kesudahannya?si penembak berpeluh sakan.basah uniform.maka dengan secara tiba-tiba muncullah satu parang.

"jeng,jeng,jeng"

muncullah pula pihak yang mendapat untung iaitu si pembangkang tegar kerajaan.mengutip berita dari sana sini bagi mencipta suatu propaganda serta provokasi kepada rakyat jelata tentang betapa lemahnya institusi kerajaan.betapa zalimnya bala tentera kerajaan.dan yang sama waktu dengannya.
lantas bersoraklah ahli-ahli pihak pembangkang yang lain disebabkan 1 permasalahan hasil propaganda yang disebarkan ini.

sekali lagi diingatkan.aku tidak menyebelahi mana-mana pihak.sekadar berkongsi pendapat.

Jadi,kamu semua bagaimana?siapa yang benar,siapa yang salah semuanya hak masing-masing bagi menilai.tak perlu aku rasa penubuhan itu ini,pembentukan group yang berpuluh-puluh di pesbuk(mukabuku) mengenai pembelaan si arwah.itu semua hanyalah propaganda belaka.kenyataannya kita semua tidak tahu apa yang berlaku.si pesalah mungkin berlaku bersalah tapi mungkin beliau terpaksa dek kerana cemuhan dan desakan masyarakat yang bodoh,buta tuli tidak tahu berfikir secara rasional.atau mungkin pihak berkuasa tersebut dirasuk hantu seperti di dalam drama omputih supernatural tu.kita tak tahu dan takkan tahu.yang tahu hanya Dia.(kalau kamu pengamal ilmu hitam mungkin?)

Penyelesaiannya,kita yang masih hidup ni ambillah iktibar.bagi para ibu atau bapa cubalah pantau anak-anak anda dengan lebih kerap.jangan melatah lebih tentang periuk nasi orang lain padahal dapur anda yang sedang terbakar.

FINE

Friday, April 23, 2010

Wow!

Hebat.

"anak-anak melayu.tahniah.andalah yang terbaik"

*petikan daripada akhbar 'Harian Syafiq'

'Wow!'
itu merupakan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku yang cabul ni tiap-tiap kali kamu orang melintas di hadapan,sisi,belakang,mana-manalah.

macam-macam stail,macam-macam warna.segar mata memandang.tapi jijik akal mentafsirkan situasi.
apa sebab?

tengok bawah





bukan bawah tu!!
bawah ni

ni gambar bawah ni










erk.apakah?










seksi,lawa,hot,menggiurkan.

geli,muntah,bulu roma naik-naik

woi!!
legging(bak kata omputih)
seluar renang bak kata aku.
tu bukan seluarlah nak pakai buat tayang dekat orang!
tak lawa,buruk,langsung tak style

"salah ke?ni fashion terkinilah"

pesen kepala abah kau.
terkini?abah kau lagi.

kalau nak kira terkini,aku dah tengok orang pakai macam ni dalam tv dalam drama,cerita tahun 60-an lagi.tu pun orang pakai semasa scene pergi kelab menari-nari bodoh.
terkini ke?
fashion ke?

jijik,aneh,hairan betul aku dengan muda-mudi sekarang.
benda-benda yang macam tu kamu pakai ke pusat membeli-belah,salun,yang paling tak tahan ke premis-premis makanan.mau tercekik pelanggan lain.tersembul roti bakar keluar dekat hidung,meleleh teh tarik ikut telinga.manakan tidak.'pakaian' seketat itu.baik tak payah pakai langsung.
kalau yang kurus kerempeng boleh tahan lagi,ini kalau yang dah macam badan baru lepas bersalin kembar tu,lemak sana,lemak sini,selulit lah lagi.kalau dapat dekat mata mak aku memang dah keluar dah ayat ni

"tengok tu,sarung nangka mobile"

dah tu yang lagi menyedihkan pulak yang mengamalkan ajaran pemakaian menatang alah ni semuanya MELAYU.alasan?tutup aurat.
sah kamu tak pergi sekolah.
tutup aurat tapi nampak bentuk sebegitu rupa buat apa cik adik oi,muka manis,perangai adalah yang beradab(tapi kebanyakannya tidak),ada yang bertudung lagi tu.
betullah orang kata kiamat dah dekat.yang halal memanglah kamu halalkan,yang haram pun kamu halalkan.
dunia-dunia.haish

bukan nak mengutuk sesama melayu.tapi inilah realitinya.aku tak nampak gadis-gadis cina,india ataupun etnik-etnik sabah sarawak yang berpakaian sebegitu.maafkan aku kalau ada.tapi aku memang tak pernah nampak.mungkin sebab mereka bebas berpakaian seluar pendek.tapi kamu tidak.tapi kamu mahu.jadi 'seluar renang' itulah penyelesaiannya.
bagi aku,mereka-mereka yang berpakaian sedemikian serupa dengan memakai tag

"lihatlah dunia,akulah manusia paling hodoh serta bodoh"

di leher kalau tak pun melekat dekat dahi.

sudah-sudahlah dengan gaya hodoh barat tu.apa yang orang buat,semua kamu nak tiru.cubalah,sekali je,hidup dengan jadi diri sendiri.tak perlu nak ikut-ikut perangai orang yang tak semenggah tu.kalau yang baik kamu ikut tak mengapa,ni yang buruk jugak kamu nak teladani.kita orang malaysia,orang timur,hiduplah dengan gaya ketimuran yang memang sejak azali lagi kita diperkenalkan.tak perlu hidup dalam keadaan berpura-pura.aku penat,aku berdosa.




fen

Wednesday, April 14, 2010

Melayu

Maaf jikalau banyak di antara post aku panjang sangat
isi sikit.merepek je banyak.

"aku punya suka la!"

Tempat kejadian:Jusco Seremban
Tarikh:8 April 2010
Masa:tengah hari(pandai-pandai kamulah)

aku bukanlah hendak membela sesiapa
tapi pada aku tak salah kot apa yang rakan aku cuba lakukan
ikuti kisah di bawah:

 -kawan aku(nama terpaksa dirahsiakan)

 "erm..can i have 2 games for 2 players and a pair of socks please"
oh ya,situasi berlaku di arena boling wahai hadirin sekalian

-pekerja meneruskan kerja tanpa berkata apa-apa

"kasut amek dekat sana eh"

kami berlalu macam tiada apa yang berlaku
mula-mula aku pun ingat semua okey je
tapi kisah sebenar bermula pada kali kedua kami kunjungi tempat tersebut

kali ni aku pulak yang order(macam dekat kedai mamak la pulak main order-order)
member aku ambil kasut.

"err..kak.2 game.2 orang.1 stokin(simple gila?kalau dia pergi sekolah mesti faham punya)

"kejap eh."

wah.boleh cakap rupanya beliau.ingatkan bisu.yelah sebelum ni senyap je.muka,badan semua tip-top dah.rugi kalau bisu ni.(cakap dalam hati la.segan la pulak cakap kuat-kuat.gila)

"dik,akak nak tanya sikit boleh?"

aduh,panggil aku adik lak.baru nak ayat.

"tanya apa?"(kalau nak mintak no fon aku boleh je.hehe)

"kawan awak tu,dia orang mana?memang mix ke?ke parent dia yang mix?poyo habis nak speaking-speaking.makan belacan jugak rasanya kan?bla,bla,bla..."

aku senyum dan

"tahlah kak"

berjalanlah aku dekat kawan aku tu.diam.terkesima.tak bagi tahu apa-apa pun pada beliau.
yelah tak kan nak cakap kot dekat dia.jaga hati kawan.aku simpan sorang-sorang.
wahai cik adik.kalaulah hati perasaan kau semanis muka kau.mesti lengkap pakej yang ada dekat diri kau tu.
awak tu dahlah kerja dekat tempat-tempat macam tu.Berurusan dengan pelanggan.aku rasa kawan aku cuma bersikap profesional aje dengan anda.tak salah bukan?
kenapa perlu kau kondem beliau sebegitu rupa?
itu salah,ini salah.baik kau pergi bunuh dirilah lagi bagus.
tapi aku rasa memang ini mentaliti melayu
cakap bahasa inggeris sikit mulalah

"poyo gila,speaking-speaking konon"
"bajet bagus je cakap omputih"(kampung sedikit)

cubalah belajar-belajar terima orang wahai rakyat malaysia.
yang sekaum dengan aku terutamanya.
rasanya kalau cina/india/apa-apa jelah kaum yang lain yang speaking london dengan kamu mesti kontroversi seperti ini tidak akan berlaku bukan?

untuk kamu cik akak pekerja lepak yang berada di kaunter boling jusco Seremban.adalah lebih baik jikalau kamu teruskan berdiam diri.baru aman Malaysia kalau anda berperilaku sedemikian.



 Koniec

Tuesday, April 6, 2010

Bang-ang

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH....!!!!

cuma itu yang aku dapat aku berikan kepada kau wahai manusia.gelak.tawa.hilaian umpama setan.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.....!!!

okey,kenapa aku gelak?
tanggal 4 april 2010(lawa dah nombor.4/4)
situasi berlaku di KFC dekat-dekat rumah aku(maaf tempat kemalangan yang lebih spesifik terpaksa dirahsiakan bagi mengurangkan 'kemaluan' si pelaku jenayah)

aku serta keluarga dan adalah lagi anak jiran aku ni
lepak-ing  untuk minum petang dek kerana kebetulan lalu dekat situ lepas balik dari kampung yang tak seberapa jauh.bak kata abah aku

"kentut pun boleh dengar"

kembali ke pangkal jalan.
duduk di tingkat bawah.adik mengamuk
menapaklah kami dengan muka menahan marah sambil mencarut-carut di dalam hati.
sampai di ruang atas.
ahhh.lapang habis.
adik berlari ke meja di tepi tingkap.

kami orang-orang yang lebih tua duduk di meja sebelah(tua sikitlah aku ni bukan tua sangat okey)

dihadapan:3 org remaja(rasanya)2 perempuan,1 lelaki.
di sebelah kiri:MANGSA.sepasang kekasih(aku kurang pasti)

maka melantaklah kami sedikit sebanyak sambil mentertawakan remaja di hadapan dek kerana bajunya yang tergantung agak tinggi.*take note beliau adalah melayu serta bertudung.trimas
setelah selesai mengambil gambar bagai(demi keselamatan manusia sejagat,gambar tidak dapat ditunjukkan)
makan pun sudah,kami kembali berborak-borak,mengutuk serta mengumpat lagi.

"skreeeetttttt"
bunyi kerusi ditolak kebelakang

"lahabau cilanat punya orang"-aku(ngilu)

ingat lagi tentang sepasang mangsa yang aku highlightkan di atas sebentar tadi?
bagus.kalau tak ingat aku nasihatkan kamu berjumpa pakar tulang.mungkin kamu menghidap kencing manis kronik tahap 3(betul ke?ye kot)

bangun si perempuan bergerak ke sinki
"besar gila.gemuk ya-rabbi."(dalam hati aku)
"mesti anak orang kaya.sihat je tengok"(dekat mulut)
"hahahahahahahaha"-mama aku

sabar.bahagian yang terbaik,paling best lepas ni.

datang balik si perempuan kepada si lelaki lahanat

"jomlah turun"

kata si perempuan(mungkin.tak berapa jelas)

"pergilah dulu.tunggu dekat bawah"

balas si jantan

si perempuan pun tersenyum tawar dengan muka senyum tahan marah.macam nak melepas pun ada.
masa tu,aku sekeluarga tengah usha-usha tak kantoi dengan pelayan KFC ni.(biasalah rakyat Malaysia.cerita kamu,cerita kami.sharing itu caring bukan?)

si lelaki jalang berpaling kebelakang.aku berpura-pura menekan-nekan pad kekunci telefon selular,mama kembali mengunyah.abah terpinga-pinga melihat kami.tetapi membiarkan sahaja.
pekerja tadi kembali mengemas meja.

5 minit selepas itu.si lelaki bergerak meninggalkan kawasan kemalangan.

hilang sahaja bunyi tapak kaki beliau.kami tersenyum sesama sendiri.termasuklah pekerja tersebut.

korang faham ke akan situasi yang berlaku?tak?

"pergi mati"

yelah,dah terang lagi bersuluh cerita aku.lagi kamu tak faham.

peristiwa di atas menunjukkan betapa geniusnya si adam mengencing si hawa
walaupun agak kejam bunyinya.tapi itulah yang berlaku
jelas.si lelaki menyukai si perempuan bukan disebabkan dirinya.
masakan tidak,pabila perempuan itu mengajaknya beredar,dia suruh perempuan itu pergi dulu.
beliau tidak lawa,'berisi',bersuara garau.dan lain-lain(malas tulis semua.aib-aib)
atas apa lagi alasan atau nilai-nilai yang ada dekat perempuan tu?
duit mungkin.kemewahan ya.rupa paras,hati budi?oh tidak.jelas sangat.
kalau tak,mestilah dia gerak sekali dengan 'awek' dia tu.
nampak sangat beliau malu hendak berdampingan dengan wanita itu.
yelah,beliau(si lelaki) agak bergaya,ada rupa(tak sebenarnya,tapi bolehla)

tapi walau apa pun.

"mat,lu memang genius.kenyang beb lu hari ni"

"minah,kau bodoh yang amat.tak faham-faham lagi ke dia tak suka kau?"

ya tindakan beliau memang agak keji dan memang sesuai dijadikan bahan umpatan mak cik kiah serta mak cik rogayah pada petang-petang hari.tapi pada aku,aku salahkan si perempuan.aku percaya ini bukan kali pertama dia diperlakukan sebegitu.tapi tetap nak mengendeng dengan jejaka idaman wanitalah konon-kononnya.

sedarlah perempuan.ish

cukuplah drama untuk hari ini.

tunggu repekan aku di lain hari.

mwisho

Thursday, April 1, 2010

hidupSYAFIQ

"1 post  je sebulan?"

"sikit gila follower  kau.tengok aku.174 orang beb"

soalan kamu.

"Ade aku kisah?"

jawapan aku.


agak lama aku tak merepek.
bak kate rakan ketot aku
"u  ni asyik melepet(terma tidak formal) je"

betul.
genap 3 bulan aku duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa
bukan aku yang mintak semua ni

kadang-kadang aku terfikir
"kenapalah aku dekat sini.kenapa aku?"

tak faham?mungkin ni akan buat korang faham

15 tahun aku hidup dan membesar dekat bandar.Kuala Lumpur.
tapi untuk 3 tahun seterusnya,waktu klimaks bagi pertumbuhan remaja macam aku ni.
waktu-waktu yang sepatutnya aku penuhkan dengan apa yang remaja-remaja sekarang iktiraf sebagai zaman kegemilangan hidup seorang manusia.
yelah,maksud aku.ada lesen memandu sendiri.ada kawan-kawan nak berbual bicara,bersukan bersama pada tiap-tiap petang.
kiranya hidup tak kosong.aku bukanlah nak mengatakan hidup bersama keluarga itu satu hidup yang kosong.tetapi bagi keadaan darurat macam aku ni.mungkin ya.
manakan tidak.
hidup aku sekarang seharian bermula pada jam 12 tengah hari(aku bangun dari tidur)
dan mulai gelap pada 5 pagi(aku tidur)
dan sebahagian besar masa yang aku luangkan hanyalah di hadapan laptop sahaja.
tak ke kosong hidup aku macam tu?
bukannya aku tak mahu keluar dari rumah.
ya,aku ada berbuat demikian.
tapi,apa gunanya?setapak aku keluar dari pagar rumah,tersergam huduh kapcai-kapcai sampahan remaja yang cuba tunjuk lagak.
belum campur dengan perangai tak semenggah jiran sebelah rumah lagi.
dah tua bukan nak buat perangai tua.anak-anak lagilah.
mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi bukan?

tetapi,
setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya
walau sejahat mana pun aku
buruk baik tetap aku fikirkan sebelum berkata-kata
cuma tindakan sahaja yang berbeza.
bagi nasib aku kali ni.
yelah,duduk di tempat tanpa kenalan.
adik-beradik semua jauh.
mesti ada sebab yang tersendiri,kenapa abah aku memutuskan hidup kami sebegini.

akhirnya aku faham,bukan suka-suka beliau mencampakkan kami sekeluarga ke sini

"Aki dengan Wan dah uzur kat kampung tu.Abah kan anak lelaki sulung,jadi dia rasa bertanggungjawablah.anak-anak mama pun harap-harap macam tulah nanti ya?jangan nanti dah ada bini lawa,gaji besar terus lupa kami berdua dekat kampung"

kata-kata mama ni aku pegang sampai bila-bila.suka hati kamulah nak panggil aku anak manja ke,apa ke.
tapi bagi aku perkara sebegini bukanlah perkara kecil.aku cukup terasa sebenarnya kalau ada di antara kawan-kawan aku yang mengutuk mengeji ibu bapa sendiri atas segala macam benda.tapi aku selalu mendiamkan sahaja dan kadang-kadang menyokong semata-mata hendak menjaga hati.
antara alasan-alasan yang rasanya tak masuk akal bagi aku:

1.tak dapat elaun
2.kena paksa jaga adik
3.tak boleh keluar rumah
4.kena paksa buat kerja rumah

banyak lagilah.kalau nak tunggu aku senaraikan sampai bila pun tak habis.
bukan apa.aku percaya pada karma.
jikalau kamu berprasangka buruk pada ibu dan ayah kamu sebegitu.nescaya cucu cicit kamu juga pasti berperilaku sebegitu.
sekali lagi.
mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi?

"All men are created equal"
-Thomas Jefferson-

semua manusia dicipta sama.
serupa.
tiada beza.
yang penting macam mana korang sendiri pilih untuk corakkan hidup korang.jalan mana yang korang pilih.dan sekiranya dengan membenci segala macam benda termasuk ibu bapa sendiri.aku rasa baik korang bunuh diri.
mudah bukan?jadi silalah


fund


Ever had your heart broken?

countless

ape-ape jelah

formspring.me

ape-ape jelah http://formspring.me/tiruorang

Monday, March 8, 2010

segar.semalam.

Hmmm..kali ni betul lama aku tak merapu.
maaf,bukan tidak mahu.
tetapi sejak kebelakangan ini aku lebih banyak meluangkan masa termenung
macam-macam style,cara,gaya aku pose.
yelah,masuk hari ni,dah dekat 3 bulan aku meninggalkan alam persekolahan
ya dan yang lagi terbaiknya
keputusan SPM,ya SPM bukan UPSR atau PMR.SPM!!!!
dah boleh nampak dekat tangan.
lebih kurang 3 hari lagi aku sampailah dekat sekolah
dapat apa pun aku tak tahu lah pulak kan(apa kamu ingat aku ni tukang tilik?)
tapi yelah,benda dah jadi.
nak patah balik masa memang mustahil(mungkin?)

rasa menyesal tak sudah.
bukan sebab SPM tu.
tapi sebab tidak merasai hidup selaku seorang pelajar dengan sebaik mungkin
tidak menikmati segala apa yang aku lalu dekat sana
rasa macam baru semalam aku kena junjung kerusi sebab tak balut buku
kena kejar dengan warden sebab lambat turun
main nyorok-nyorok dengan ustaz time maghrib(bebal betul beliau tak jumpa kitorang yang dekat 10 orang masa tu)
skip tarawikh,kelas persediaan petang,malam
perjumpaan kelab persatuan
dan segala macam kemaksiatanlah(bukan masalah kamu)
semuanya SEGAR lagi dekat dalam kepala otak aku

tak kurang juga warga-warga sekolah yang amatlah aku gemar untuk kacau
kawan-kawan
adik-adik junior
kakak-kakak senior(ehem2..)
termasuk jugalah mak cik-mak cik pembantu makmal dan pekerja-pekerja kantin
terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan
kerana aku yakin tanpa kamu semua nescaya hidup aku di sana kosong(ayat tak tahan)

gelak yang serupa hantu dengan rakan-rakanlah yang paling aku tak boleh lupa
tak kisahlah ketika mengutuk ahli dorm sebelah yang kaki skodeng
atau tatkala terlihat si junior perempuan terjatuh longkang(yang ni betul tak tahan nak gelak.haha)
melihat abang senior mengamuk melihat baju melayu sekolahnya 'berjaya' dilubangkan oleh rakan seangkatan kami.
simbahan air busuk campuran pelbagai macam kotoran(korang mesti tak nak tau apa ada dalam tu) pada malam hari lahir rakan-rakan
indah,semuanya memori yang indah-indah belaka.

aku percaya ada yang suka,gembira bila sekolah tamat
tapi bagi aku.sedih.amat sedih.
aku tak akan dapat rasa dah pengalaman seumpama ni
mana lagi aku nak jumpa kawan-kawan setiap masa.
tak mungkin.
zaman persekolahanlah waktu terbaik dalam hidup aku
walaupun kadang-kadang memang rasa nak bakar je sekolah tu kan
dengan peraturan yang entah apa-apa
cikgu yang ajar tak seberapa tapi mengutuk pelajar sendiri dekat bilik guru yang lebih
tapi yelah
nak terima sesuatu,
kita kenalah terima baik dan buruknya.

apa pun,
agak pelik tapi
AKU SAYANG SEKOLAH AKU

vége

Saturday, February 20, 2010

hening hari bersama BINATANG

Alhamdulillah,perjalanan aku dan family ke taiping untuk hantar adik aku yang sorang tu merupakan 1 sukses!!
semoga kau berjaya menempa sebarang nama di sana wahai adik.


okeh,
sebelum hantar beliau,kami sekeluarga sempat lah jugak usha zoo taiping tuh(actually adik aku yang paling bongsu yang sibuk-sibuk nak pergi)
tulah pasal tajuk kat atas macam tuh,tp jenis binatangnya je lain.
nak tau ape yang lain??ha,baca ah sendiri


jam matahari dekat tangan aku menunjukkan tepat jam 5.15
punyalah ramai orang(apa kamu orang tak pernah pergi zoo ke??)
mencarut-carutlah aku di dalam hati sambil gelak-gelak dengan adik-beradikku setelah melihat beberapa kandang yang dilabelkan sebagai "kosong"


"wah,spesis baru ni.'kosong'."


haha.bodoh betul.


macam-macam jenis orang,
macam-macam jenis perangai
dan maaf kepada sesiapa yang terasa,aku bukan nak mengata,tetapi cuma berkata-kata.


berjalanlah kami ke seluruh pelusuk zoo tuh.ade tren(tren ke dia panggil?ye kot)tapi orang ramai,dan kesuntukan masa.menapak jelah kami.


agak penat berjalan,sampailah dekat kandang bintang hampir pupus yang sekor ni.
seorang budak cina bertanya kepada ayahnya.


"papa,ni apa??"(aku tak reti nak tiru slang dorang,jadi pandai-pandai kamulah)


si ayah jawab,


"orang utan"


anak tanya lagi,


"bahasa inggeris?"


ayah,


"orang utan"


erk,apekahh??




apa-apa jelah,mereka bukanlah watak utama cerita hari ini,saja nak bagi panjang.
dalam tengah penat aku pun tengoklah orang utan tu
ada lah dalam 3 4 ekor.
aku pun pergilah baca maklumat yang ade tertulis dekat information board pasal orang utan ni,dengan benda-benda yang dilarang untuk kita selaku manusia terhadap mereka yang berada di dalam tuh.macam baling makanan dan semua lah.
aku alihkan pandangan dekat orang utan tu pulak
biasa je.adalah salah satu daripada dorang tengah main dengan botol-botol plastik......


eh,kejap-kejap.
main dengan botol plastik?
apekejadah?memang mainan die botol tu ke?
tak mungkin.


aku pun pandang ke kiri dan kanan,
tiba-tiba.


wah!!ade benda terbang!!!


"kapal terbang lah tuuu"
"UFO!!!aaaa!!!lari selamatkan diri!!!"
"ceh,nyamuk"


bukanlahhhh,
dupp.dupp.
lebih kurang 2 biji(biji eh?ke buah??)botol plastik jatuh dekat depan orang utan yang tengah main tu
binatang tak berakal tu pun kutiplah benda tu dan kumpul setempat sambil main-main dengan botol tu
aku pun pelik dengan perilaku binatang tu,aku tengok mamat tu balik.
aik?boleh die gelak pulak?


"kesian,dia haus.."
kata mamat tersebut.


haus kepala tengkorak kamu.


nilah dia orang kata 'dasar bangsa tak tahu membaca'
dah terang-terang tulis dekat situ 
'DILARANG MEMBALING SEBARANG OBJEK KEDALAM SANGKAR/KANDANG HAIWAN'


tapi kau buat dek je mat
bajet hero ah bagi orang utan tuh minum?
apa kau tak nampak apa orang utan tu buat ke?
dia kutip dan simpan setempat semua botol-botol tu lah BODOH


masa tuh aku terfikir,
mane satu binatang ni?


aish,macam mana Malaysia nak maju,
kalau peraturan semudah tu pun kita tak boleh nak ikut?


agak panas dengan tindakan mamat bodoh yang tidak sekolah tu(rasanya)
aku berjalan kembali kepada papan kenyataan tu
kuat jugaklah aku baca balik benda kat situ
kalau beliau tak dengar jugak,tak tahulah
tapi okey gak kalau tak dengar
bodoh+pekak=pakej lengkap manusia tak bertamadun.


lepas tu aku terus ajak keluarga aku beredar 
pergi tengok binatang lain pulak
meluat lah tengok perangai manusia seakan-akan binatang tu


hah
malas aku nak cerita pasal binatang dah.
nampaknya binatang-binatang dekat zoo ni lagi terpelajar daripada para pengunjung ni.


aku bukan apa,
segan dengan pelancong-pelancong luar yang datang ke malaysia ni
cuba bayangkan kalau dorang ternampak insiden bodoh ala-ala bahlol tuh?
tak ke malu kita rakyat mesia?? 
nanti bila dorang balik ke negara asal dorang,
mesti dia cerita semua dekat kawan-kawan mereka
maluuuuuuuuuuu
tak taulah bagi kamu semua yang memang tak ade perasaan langsung tu
tapi bagi aku,ya.
memang amat memalukan.malu bangsa,malu negara.
bukan susah nak jaga maruah diri sendiri.
cuma ikut sahaja peraturan yang dah ditetapkan,
tak kisah lah peraturan negara,ataupun hukum dunia sendiri.
tak kan kamu tidak tahu beza lagi??mana yang baik dan mana yang buruk???


terpulanglah.
aku cuma hendak cakap,fikirlah masak-masak terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.
nanti jangan  pulak apabila sudah dikenakan sebarang tindakan
baru kamu nak terkesima tak terkata-kata.


apa-apa pun.


come on-lah malaysian,we can do better than this




final