Tuesday, August 3, 2010

boneka jambu bersongkok

dah tak boleh pakai bulu ayam nampaknya.kena tukar vakum.belog ini makin berdebu!damn

Ke pangkal jalan.
Diskusi selasa membincangkan perihal pemesongan nueron otak kanak-kanak yang masih belum mimpi basah.komplot-komplot manusia yang sebegitu cerdik cerdas mindanya memperlakukan mereka-mereka ini dalam usaha untuk mengalahkan kekayaan ahmad albab.

Insiden di bandar kuantan(kuantan lagi) tak habis-habis cucuk kepala otak aku.2 makhluk tuhan yang paling seksi,eh2.salah.2 makhluk tuhan berwajah inesen lengkap bersongkok dengan beg tokan mundar-mundir sekitar warung mamak menjaja air liur "salam,derma rumah anak yatim,bla3.etc"(yang selebihnya aku tak dengar sebab tengah khusyuk mentelaah pinggan dan cawan)

Aku pelik,hairan.kutip derma apa pukul 10 malam?lalu hangatlah meja aku dan rakan bergosip mengalahkan dewan parlimen.

Dunia akhir zaman.manusia semua mahu hidup senang.tak kisahlah apa cara sekali pun.termasuklah mengencing suku kaum sendiri.tak agak-agak pulak tu.

Bukanlah nak kata apa tapi taktik busuk dengan guna budak-budak.mintak derma pulak tu kononnya.buat aku rasa,aish nak tangan-tangan je muka kepala organisasi hitam ni.kalau dah otai samseng sangat tu pergilah rompak bank ke,kedai pajak gadai ke,kedai runcit ah kwong ke.ni nak jugak pakai kanak-kanak berwajah jambu.apa dalam hati ada taman ke der??

Justeru aku disini selaku orang yang tak tetap pendirian tapi cakap masih boleh dipercayai warga seantero dunia ingin menyarankan agar pihak kerajaan merangka semula RMKe berapa tah dan memberi elaun serta subsidi kepada kepala-kepala organisasi hitam ini agar mereka tidak lagi memperdagangkan air liur kanak-kanak jambu ini.dan kita selaku rakyat mesia yang kedekut lagi prihatin dengan masalah orang lain atau dengan erti kata lainnya suka menyibuk tepi kain orang haruslah berhati-hati sebelum menghulurkan sebarang derma walau sesen dua.atau senang tak payah bagi langsung ah.

*p/s:buat kamu-kamu yang baca ni kalau jumpa aku dekat kedai makan pastu ada rasa nak mintak derma ke(manalah tau nak tukar profesen jadi pengutip derma a.k.a pemintak sedekah tetap ke kan),tak payah beranganlah aku nak bagi sebab nenek aku kata tak baik hulur duit time makan.aku tak nak jadi cucu derhaka.

END

1 comment:

  1. aku selalu gak kena masa makan kat mamak dgn nyonya tua bau hamis :\

    ReplyDelete

lolongan mereka