Thursday, May 13, 2010

Topeng Perhiasan Manusia Urban

Kehilangan sumber-sumber metafora dan hiperbola yang agak melampau menyebabkan aku lama meninggalkan belog ini.atau adakah aku sudah berjangkit dengan penyakit sang koala atau si tapirus indicus?mungkin.

tapi tak mengapa.moving on

cacatan kali ini aku coret sebab teringat dekat kata-kata seorang rakan.

"kau tak rasa orang mesia ni gila pesen(fashion)ke?semua benda nak mahal-mahal je.nak branded je"

pada tatkala otak aku yang tak seberapa betul ditambah pulak dengan mentaliti yang agak kolot superb,sekeras-keras helmet pak mat pekerja kedai cat aku bangkang.hujah-hujah yang tah apa benda aku sembur,tabur je.tapi semua cakap aku mamat tu kiokkan dengan selambanya.akhirnya aku mengeluarkan ayat ultimate aku.

"bro,cuba kau tengok tu"

"apa dia?"

"pizza hut buat offer.lapar doe.jom ah"

"orait gak,aku pun lapar ni"

hah.pasal makan laju je.dan berakhirlah sidang konferens antara aku dan si pelahap.bangang betul mamat ni.haha

tapi,dalam masa yang sama aku fikir.ada betul gak kata si pelahap ni.walaupun otak beliau kebanyakannya agak cenderung ke arah benda-benda lucah seperti remaja-remaja lain.

yelah kalau kita tengok sendiri pun,jalan-jalan dekat mana-mana pusat kemaksiatan tak kisahlah Kuala Lumpur ke,Kuala Lipis ke,Kuala Pilah ke.Kuala Selangor bukan.Ada wali pernah duduk situ.tapi dia dah pindah Puchong.heh.sebarkan kesesatan ke tempat lain agaknya.

balik ke pangkal jalan.
mesti nampak manusia-manusia berpakaian serba stylo,bergaya selagi boleh.dari mat rempit hinggalah ke mat yo2 wassup.tip-top wallahhh

itu semua tak menjadi masalah.ya aku tau.kalau mereka berpakaian selebet selekeh kita pulak yang jelik termuntah-muntah.
masalahnya ialah,cuba lu tanya member lu kenapa baju ini yang dipakai,kenapa kasut itu yang disarung,kenapa boxer itu menjadi pilihan hati,kenapa?kenapa?kenapa?

jawapannya mudah

"shirt topman ni bro,gua baru beli semalam dekat mid.baru bergaya!"

"kasut timberland ni aku beli dekat singapura masa cuti sem hari tu.barang import ni mat.baru ada class"

"boxer aku kau usha?gua straight dude.blah2"

erk,ok jawapan yang last takde kena mengena.

jadi apa signifikannya situasi-situasi di atas?
tak tahu?tak faham?kurang jelas?samar-samar ayam?
lembab betullah kamu.macam ManU tatkala dititik Chelsea home dan away.

itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran manusia-manusia duniawi.barang branded baru nak style.benda import semua hebat.aish
pada akulah,tak salah rasanya kalau kita cuma pakai jenama abibas ke.asadi,croc longgok pasar malam atau yang paling jimat barang-barang pre-loved yang berlambak dekat mesia ni.ia tetap stylo.tetap hebat.tapi yelah.mentaliti.stigma homo sapiens terhadap barang-barang mahal tetap tak berubah.ada kalanya design bagi sebuah jenama tempatan yang tidak sefemes barangan luar lebih mengancam tapi dek kerana ia jenama tempatan yang tidak dikenali ramai,lu orang pandang sebelah mata je.ada yang tak pandang pun.kalau ada yang pakai kamu mulalah menjadi dj tak rasmi.sibuk sebar sana sini mamat ni pakai barang murah.minah tu pakai barang fake.ei apedehal lu mat?

yang lu pakai tah apa-apa tiru artis ni lah,pakai Onitsuka konon-konon indielah(padahal hipster).ha tu apa pulak?tak payah label-label orang murah,kedekut,miskin apa bagai.mereka cuma jadi diri sendiri.itu tak salah bukan?

rasanya orang-orang macam ni mesti jarang tengok cermin.tapi selalu bercerminkan orang lain.mengutuk tak tentu pasal.

jadi konklusinya,tak perlu pada aku untuk kita berhabisan uwang dan sen semata-mata nak bergaya.kita cuma perlu bijak mentafsir situasi.mencipta sebuah pandangan yang indah di khalayak ramai.cuba renungkan falsampah hidup aku yang baru

"Untuk berjaya dalam hidup kita tak perlu jadi pandai,kita hanya perlu pandai-pandai untuk   hidup"

ENDIR

No comments:

Post a Comment

lolongan mereka