aku tahu ini agak pelik bagi orang yang mengenali aku.
tapi aku rasa sudah sampai seru dan cukup akal bagi aku membincangkan perkara yang lebih serius.
"Nak baca silakan,tak nak baca silalah blah"
ok
"Life is all that we need but the lies is all that we see"
-BUNKFACE,soldier(lagu pebret aku buat masa kini)
lirik atas tu jelas menceritakan keadaan dunia yang kononnya aman sekarang ni.tak payah pergi jauh.
Malaysia pun ada.
penipu,pembohong,kaki belit bersepah.
aku baru lepas melekatkan mata dengan video dekat tube-u.cerita pasal permasalahan terkini.
kematian mengejut seorang remaja berusia 15 tahun.adik Aminulrasyid akibat ditembak pihak berkuasa.
jangan cakap dekat aku yang kamu semua tak tahu.
aku bukanlah pro-gov atau anti pembangkang.cuma,kadang-kadang aku terfikir
"betul ke ni?"
di dada akhbar sibuk mengatakan cerita ini,Pak Abu dan Sarip Dol kampung sebelah sibuk menceritakan cerita itu ketika melepak di warung mamak 702.
jadi watak sampingan macam aku hanya layak berfikir sekejap dan akhirnya hanya mampu mencipta 1 konklusi yang mungkin bercanggah dengan kebanyakan orang.tapi yelah kan.dah nama pun konklusi aku jadi apa kamu kisah?
jadi konklusinya,
yang salah:ahli keluarga,arwah,pihak berkuasa
yang betul:AKU
yang untung:pihak pembangkang kerajaan
sebab?
yang bersalah ahli keluarga kerana,yelah si ibu,kakak,pakcik,makcik,tok nenek apekejadah semua tu sibuk membela mengatakan anak remaja ini baik,aktif sukan,rajin hadiri aktiviti surau..macam-macamlah kebaikan beliau.TETAPI,baik ke keluar tengah malam dengan kawan-kawan,memandu tanpa lesen,terlanggar kereta orang(lari pulak tu),lari dari pihak berkuasa.baik ke?
ye aku tahu,boleh tahan baik lah kan.tapi inilah masalah sekarang.manusia tak tahu beza buruk baik.burit ah semua ni.
untuk si arwah aku tidak mahu mengulas kerana sesungguhnya beliau sudah tiada dan jelas bahawa beliau cuma tersilap langkah,dan berada di tempat yang salah pada masa yang salah.Al-Fatihah.
yang bersalah ketiga yakni pihak berkuasa,PEMBUNUH.itu yang orang labelkan mereka sekarang.yelah,siapa suruh tembak budak belasan tahun.kalau mangsa merupakan seorang dewasa bermuka bengis,parut di hidung mungkin masyarakat tidak akan kalut.tapi tidak,sama seperti arwah,mereka juga tersilap langkah.prosedur-prosedur sebelum tembakan seperti tembakan amaran ke udara turut hilang tatkala hati kaget dan jantung mengepam darah lebih pantas daripada biasa.tak lupa juga hasutan iblis setan di dalam hati
"Tembak je bro!"
BANG!
kioklah mangsa.
kesudahannya?si penembak berpeluh sakan.basah uniform.maka dengan secara tiba-tiba muncullah satu parang.
"jeng,jeng,jeng"
muncullah pula pihak yang mendapat untung iaitu si pembangkang tegar kerajaan.mengutip berita dari sana sini bagi mencipta suatu propaganda serta provokasi kepada rakyat jelata tentang betapa lemahnya institusi kerajaan.betapa zalimnya bala tentera kerajaan.dan yang sama waktu dengannya.
lantas bersoraklah ahli-ahli pihak pembangkang yang lain disebabkan 1 permasalahan hasil propaganda yang disebarkan ini.
sekali lagi diingatkan.aku tidak menyebelahi mana-mana pihak.sekadar berkongsi pendapat.
Jadi,kamu semua bagaimana?siapa yang benar,siapa yang salah semuanya hak masing-masing bagi menilai.tak perlu aku rasa penubuhan itu ini,pembentukan group yang berpuluh-puluh di pesbuk(mukabuku) mengenai pembelaan si arwah.itu semua hanyalah propaganda belaka.kenyataannya kita semua tidak tahu apa yang berlaku.si pesalah mungkin berlaku bersalah tapi mungkin beliau terpaksa dek kerana cemuhan dan desakan masyarakat yang bodoh,buta tuli tidak tahu berfikir secara rasional.atau mungkin pihak berkuasa tersebut dirasuk hantu seperti di dalam drama omputih supernatural tu.kita tak tahu dan takkan tahu.yang tahu hanya Dia.(kalau kamu pengamal ilmu hitam mungkin?)
Penyelesaiannya,kita yang masih hidup ni ambillah iktibar.bagi para ibu atau bapa cubalah pantau anak-anak anda dengan lebih kerap.jangan melatah lebih tentang periuk nasi orang lain padahal dapur anda yang sedang terbakar.
FINE
No comments:
Post a Comment
lolongan mereka