Thursday, April 1, 2010

hidupSYAFIQ

"1 post  je sebulan?"

"sikit gila follower  kau.tengok aku.174 orang beb"

soalan kamu.

"Ade aku kisah?"

jawapan aku.


agak lama aku tak merepek.
bak kate rakan ketot aku
"u  ni asyik melepet(terma tidak formal) je"

betul.
genap 3 bulan aku duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa
bukan aku yang mintak semua ni

kadang-kadang aku terfikir
"kenapalah aku dekat sini.kenapa aku?"

tak faham?mungkin ni akan buat korang faham

15 tahun aku hidup dan membesar dekat bandar.Kuala Lumpur.
tapi untuk 3 tahun seterusnya,waktu klimaks bagi pertumbuhan remaja macam aku ni.
waktu-waktu yang sepatutnya aku penuhkan dengan apa yang remaja-remaja sekarang iktiraf sebagai zaman kegemilangan hidup seorang manusia.
yelah,maksud aku.ada lesen memandu sendiri.ada kawan-kawan nak berbual bicara,bersukan bersama pada tiap-tiap petang.
kiranya hidup tak kosong.aku bukanlah nak mengatakan hidup bersama keluarga itu satu hidup yang kosong.tetapi bagi keadaan darurat macam aku ni.mungkin ya.
manakan tidak.
hidup aku sekarang seharian bermula pada jam 12 tengah hari(aku bangun dari tidur)
dan mulai gelap pada 5 pagi(aku tidur)
dan sebahagian besar masa yang aku luangkan hanyalah di hadapan laptop sahaja.
tak ke kosong hidup aku macam tu?
bukannya aku tak mahu keluar dari rumah.
ya,aku ada berbuat demikian.
tapi,apa gunanya?setapak aku keluar dari pagar rumah,tersergam huduh kapcai-kapcai sampahan remaja yang cuba tunjuk lagak.
belum campur dengan perangai tak semenggah jiran sebelah rumah lagi.
dah tua bukan nak buat perangai tua.anak-anak lagilah.
mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi bukan?

tetapi,
setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmahnya
walau sejahat mana pun aku
buruk baik tetap aku fikirkan sebelum berkata-kata
cuma tindakan sahaja yang berbeza.
bagi nasib aku kali ni.
yelah,duduk di tempat tanpa kenalan.
adik-beradik semua jauh.
mesti ada sebab yang tersendiri,kenapa abah aku memutuskan hidup kami sebegini.

akhirnya aku faham,bukan suka-suka beliau mencampakkan kami sekeluarga ke sini

"Aki dengan Wan dah uzur kat kampung tu.Abah kan anak lelaki sulung,jadi dia rasa bertanggungjawablah.anak-anak mama pun harap-harap macam tulah nanti ya?jangan nanti dah ada bini lawa,gaji besar terus lupa kami berdua dekat kampung"

kata-kata mama ni aku pegang sampai bila-bila.suka hati kamulah nak panggil aku anak manja ke,apa ke.
tapi bagi aku perkara sebegini bukanlah perkara kecil.aku cukup terasa sebenarnya kalau ada di antara kawan-kawan aku yang mengutuk mengeji ibu bapa sendiri atas segala macam benda.tapi aku selalu mendiamkan sahaja dan kadang-kadang menyokong semata-mata hendak menjaga hati.
antara alasan-alasan yang rasanya tak masuk akal bagi aku:

1.tak dapat elaun
2.kena paksa jaga adik
3.tak boleh keluar rumah
4.kena paksa buat kerja rumah

banyak lagilah.kalau nak tunggu aku senaraikan sampai bila pun tak habis.
bukan apa.aku percaya pada karma.
jikalau kamu berprasangka buruk pada ibu dan ayah kamu sebegitu.nescaya cucu cicit kamu juga pasti berperilaku sebegitu.
sekali lagi.
mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi?

"All men are created equal"
-Thomas Jefferson-

semua manusia dicipta sama.
serupa.
tiada beza.
yang penting macam mana korang sendiri pilih untuk corakkan hidup korang.jalan mana yang korang pilih.dan sekiranya dengan membenci segala macam benda termasuk ibu bapa sendiri.aku rasa baik korang bunuh diri.
mudah bukan?jadi silalah


fund


No comments:

Post a Comment

lolongan mereka