Hmmm..kali ni betul lama aku tak merapu.
maaf,bukan tidak mahu.
tetapi sejak kebelakangan ini aku lebih banyak meluangkan masa termenung
macam-macam style,cara,gaya aku pose.
yelah,masuk hari ni,dah dekat 3 bulan aku meninggalkan alam persekolahan
ya dan yang lagi terbaiknya
keputusan SPM,ya SPM bukan UPSR atau PMR.SPM!!!!
dah boleh nampak dekat tangan.
lebih kurang 3 hari lagi aku sampailah dekat sekolah
dapat apa pun aku tak tahu lah pulak kan(apa kamu ingat aku ni tukang tilik?)
tapi yelah,benda dah jadi.
nak patah balik masa memang mustahil(mungkin?)
rasa menyesal tak sudah.
bukan sebab SPM tu.
tapi sebab tidak merasai hidup selaku seorang pelajar dengan sebaik mungkin
tidak menikmati segala apa yang aku lalu dekat sana
rasa macam baru semalam aku kena junjung kerusi sebab tak balut buku
kena kejar dengan warden sebab lambat turun
main nyorok-nyorok dengan ustaz time maghrib(bebal betul beliau tak jumpa kitorang yang dekat 10 orang masa tu)
skip tarawikh,kelas persediaan petang,malam
perjumpaan kelab persatuan
dan segala macam kemaksiatanlah(bukan masalah kamu)
semuanya SEGAR lagi dekat dalam kepala otak aku
tak kurang juga warga-warga sekolah yang amatlah aku gemar untuk kacau
kawan-kawan
adik-adik junior
kakak-kakak senior(ehem2..)
termasuk jugalah mak cik-mak cik pembantu makmal dan pekerja-pekerja kantin
terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan
kerana aku yakin tanpa kamu semua nescaya hidup aku di sana kosong(ayat tak tahan)
gelak yang serupa hantu dengan rakan-rakanlah yang paling aku tak boleh lupa
tak kisahlah ketika mengutuk ahli dorm sebelah yang kaki skodeng
atau tatkala terlihat si junior perempuan terjatuh longkang(yang ni betul tak tahan nak gelak.haha)
melihat abang senior mengamuk melihat baju melayu sekolahnya 'berjaya' dilubangkan oleh rakan seangkatan kami.
simbahan air busuk campuran pelbagai macam kotoran(korang mesti tak nak tau apa ada dalam tu) pada malam hari lahir rakan-rakan
indah,semuanya memori yang indah-indah belaka.
aku percaya ada yang suka,gembira bila sekolah tamat
tapi bagi aku.sedih.amat sedih.
aku tak akan dapat rasa dah pengalaman seumpama ni
mana lagi aku nak jumpa kawan-kawan setiap masa.
tak mungkin.
zaman persekolahanlah waktu terbaik dalam hidup aku
walaupun kadang-kadang memang rasa nak bakar je sekolah tu kan
dengan peraturan yang entah apa-apa
cikgu yang ajar tak seberapa tapi mengutuk pelajar sendiri dekat bilik guru yang lebih
tapi yelah
nak terima sesuatu,
kita kenalah terima baik dan buruknya.
apa pun,
agak pelik tapi
AKU SAYANG SEKOLAH AKU
vége
No comments:
Post a Comment
lolongan mereka