orait.ini sangat menarik.pentaipan kali ini dijalankan melalui telefon tangan.haha.sedikit absurd terasa di sini.tak boleh nak taip panjang.leceh.penat.payah.
Hari ini terasa bagai tak kena.pagi dinihari aku bangun terpinga-pinga.ternganga.air liur basi berbau hamis sangat tidak ortodoks dengan perasaan bercampur baur dek kerana mimpi yang tah apa-apa.satu lagi hari bakal dilalui di kolej.terasa nak pakai e=mc kuasa 2 untuk mengira selaju mana masa telah berlari meninggalkan aku semenjak lepak-ing dekat sini.haish.serabut.
Hari ni berlalu macam biasa.dengan perasaan separuh sedar,"eh dah pukul 12?"balik ke bilik.stress.tekanan.ditaji dalam kuliah.rancangan esok hari yang dah setting 2 3 minggu pun batal.kesian bonda.sedih suara beliau.tapi yelah kan.kita yang merancang.Dia yang tentukan.selalu aku terfikir,mana manusia yang nak sangat cipta mesin masa?mana doraemon?mana?mana??ahhh
Tekanan lagi.
Wahai kawan,teman,sahabat.maafkan aku kalau berlaku sombong,bermuka platipus kematian pucuk.sesungguhnya aku sangat tension.kalaulah aku boleh aplikasikan projectile motion terhadap emosi aku sekarang.sudah tentu sir hazri senyum girang segirang kucing bunting beranak lapan bersama aku.haih
Oh Tuhan.tolong aku.
FIN
No comments:
Post a Comment
lolongan mereka