Friday, October 29, 2010

JANGAN MASUK!

*sesungguhnya laman sesawang belogsepot ini telah menjadi betul-betul bersawang maka aku mengambil inisiatif untuk membersihkan ia bagi mengelakkan penambahan spesis-spesis serangga jenis amfibia daripada bermutasi secara rawak.sila lawat lain hari.



Tuesday, August 3, 2010

boneka jambu bersongkok

dah tak boleh pakai bulu ayam nampaknya.kena tukar vakum.belog ini makin berdebu!damn

Ke pangkal jalan.
Diskusi selasa membincangkan perihal pemesongan nueron otak kanak-kanak yang masih belum mimpi basah.komplot-komplot manusia yang sebegitu cerdik cerdas mindanya memperlakukan mereka-mereka ini dalam usaha untuk mengalahkan kekayaan ahmad albab.

Insiden di bandar kuantan(kuantan lagi) tak habis-habis cucuk kepala otak aku.2 makhluk tuhan yang paling seksi,eh2.salah.2 makhluk tuhan berwajah inesen lengkap bersongkok dengan beg tokan mundar-mundir sekitar warung mamak menjaja air liur "salam,derma rumah anak yatim,bla3.etc"(yang selebihnya aku tak dengar sebab tengah khusyuk mentelaah pinggan dan cawan)

Aku pelik,hairan.kutip derma apa pukul 10 malam?lalu hangatlah meja aku dan rakan bergosip mengalahkan dewan parlimen.

Dunia akhir zaman.manusia semua mahu hidup senang.tak kisahlah apa cara sekali pun.termasuklah mengencing suku kaum sendiri.tak agak-agak pulak tu.

Bukanlah nak kata apa tapi taktik busuk dengan guna budak-budak.mintak derma pulak tu kononnya.buat aku rasa,aish nak tangan-tangan je muka kepala organisasi hitam ni.kalau dah otai samseng sangat tu pergilah rompak bank ke,kedai pajak gadai ke,kedai runcit ah kwong ke.ni nak jugak pakai kanak-kanak berwajah jambu.apa dalam hati ada taman ke der??

Justeru aku disini selaku orang yang tak tetap pendirian tapi cakap masih boleh dipercayai warga seantero dunia ingin menyarankan agar pihak kerajaan merangka semula RMKe berapa tah dan memberi elaun serta subsidi kepada kepala-kepala organisasi hitam ini agar mereka tidak lagi memperdagangkan air liur kanak-kanak jambu ini.dan kita selaku rakyat mesia yang kedekut lagi prihatin dengan masalah orang lain atau dengan erti kata lainnya suka menyibuk tepi kain orang haruslah berhati-hati sebelum menghulurkan sebarang derma walau sesen dua.atau senang tak payah bagi langsung ah.

*p/s:buat kamu-kamu yang baca ni kalau jumpa aku dekat kedai makan pastu ada rasa nak mintak derma ke(manalah tau nak tukar profesen jadi pengutip derma a.k.a pemintak sedekah tetap ke kan),tak payah beranganlah aku nak bagi sebab nenek aku kata tak baik hulur duit time makan.aku tak nak jadi cucu derhaka.

END

Sunday, July 18, 2010

repekan si homo sapien

yeah.dengan telefon tangan sekali lagi.terpaksa menaip.sesawang sang labah-labah telah memenuhi ruang kosmik belog ini nampaknya.

Sepencarian harta karun di bandar kuantan telah menemukan beberapa perilaku janggal antaranya si minah tompel yang dahulunya menjaja cincau kini menjalankan perniagaan barangan pre-loved.lebih market katanya.terserempak dengan ah kwong anak lelaki mr tan yang sedang mengusung botol shisha.dah berhenti merokok katanya.shisha pulak?haih manusia.

Perubahan mendadak manusia mengalahkan teori darwin kadangkala menyebabkan aku ternganga.ligat neuron-neuron otak mencari solusi kepada permasalahan yang menggunung-gunung mengalahkan jendul haji sanip criscet.

Orang kampung menyalahkan orang bandar dek kerana perangai yang kurang sopan,orang bandar menyalahkan orang kampung sebab budaya kekampungan yang dibawa ke bandar.apedehal?

Dekat sini aku nak cakap semua salah!biasalah tu bila binatang lain ceroboh kandang binatang lain.takkan tiba2 bermutasi,menyondol ahli kandang yang lain?tak ke panas pengerusi kandang kalau ada newcomer melancarkan serangan sperma terhadap si betina gerek?berbulu beliau.confirm.

Secara mudahnya bagi kamu yang tak faham-faham lagi ialah janganlah kamu dengan mudah sambil lewa menganggap,mengklasifikasikan manusia sesuka hati.bagi peluang dekat mereka belajar adat,cara tempat baru.kalau betul diamkan.kalau salah.bisikkan.tak payahlah sampai status mukabuku,mespes,kawanster,tagged dan segala macam lagilah,nak tulis pasal mamat ni pakai sweater siang-siang buta macam orang gila.minah ni pakai selipar nippon pergi cafelah.tak perlu.cuma tengok.diam.dan kutuk senyap-senyap.ok?

Al-kisahnya dah dekat 2 bulan aku jadi pemastautin tetap tapi sementara dekat kmph.macam-macam orang aku dah jumpa.anak lord,anak anak ikan,anak ayam,anakin skywalker je belum.macam-macam gaya.dan bermula dari situ jugak lah telinga aku panas dengar repekan,komen-komen dari mereka yang kononnya pefek tapi hancus.come on people.we can do better than this.

FINAL

Friday, July 2, 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Dinosaur

orait.ini sangat menarik.pentaipan kali ini dijalankan melalui telefon tangan.haha.sedikit absurd terasa di sini.tak boleh nak taip panjang.leceh.penat.payah.

Hari ini terasa bagai tak kena.pagi dinihari aku bangun terpinga-pinga.ternganga.air liur basi berbau hamis sangat tidak ortodoks dengan perasaan bercampur baur dek kerana mimpi yang tah apa-apa.satu lagi hari bakal dilalui di kolej.terasa nak pakai e=mc kuasa 2 untuk mengira selaju mana masa telah berlari meninggalkan aku semenjak lepak-ing dekat sini.haish.serabut.

Hari ni berlalu macam biasa.dengan perasaan separuh sedar,"eh dah pukul 12?"balik ke bilik.stress.tekanan.ditaji dalam kuliah.rancangan esok hari yang dah setting 2 3 minggu pun batal.kesian bonda.sedih suara beliau.tapi yelah kan.kita yang merancang.Dia yang tentukan.selalu aku terfikir,mana manusia yang nak sangat cipta mesin masa?mana doraemon?mana?mana??ahhh

Tekanan lagi.

Wahai kawan,teman,sahabat.maafkan aku kalau berlaku sombong,bermuka platipus kematian pucuk.sesungguhnya aku sangat tension.kalaulah aku boleh aplikasikan projectile motion terhadap emosi aku sekarang.sudah tentu sir hazri senyum girang segirang kucing bunting beranak lapan bersama aku.haih

Oh Tuhan.tolong aku.

FIN

Thursday, May 27, 2010

konsep sempurna yang disalahtafsir

banyak orang merungut dengan nasib diri sendiri.
ini tak dapat bising,itu tak dapat mengeluh.
kamu semua tak sedar yang kamu ada semuanya tapi kamu masih tak reti nak menghargai.
lepastu mulalah memekik terlolong hidup tak pefeklah,bermasalahlah,nak matilah dan macam-macam lagi ah.
kalian tak sedar banyak lagi orang yang bernasib malang.tapi bezanya mereka terima seadanya.tak merungut,tak merengek serupa kamu.


tengok ni




syukurlah dengan apa yang kamu ada.ramai lagi yang kurang bernasib baik daripada kamu yang kononnya malang habis tu.cehh


*aku akan meninggalkan ruangan ni buat seketika.kolej matrikulasi pahang.maaf penang aku terpaksa menolak tawaran kamu bersantai di sana.aku pernah gagal.kegagalan terbesar rasanya dan aku ingin memperbaiki kegagalan itu.aku tak nak ambil cara mudah dengan belajar secara santai.aku mahu sesuatu yang lebih mencabar.jadi,ini pilihan aku.

selamat berjaya kawan-kawan

fen

Saturday, May 22, 2010

Warga Emosi Cair di Pangkuan Wanita dan Retoriknya

wokeh.tah kenapa,minat aku terhadap tajuk-tajuk stylo-milo(style ke?ye kot)semakin membukit seperti dahi pak cik kantin sains selangor.pengaruh rakan?pengaruh budaya barat?(apekah?) atau mungkin perubahan hormon-hormon di dalam badan?
aku rasa tak kisah apa tajuknya.asalkan jangan cuma 'indah khabar dari rupa'.erkk.ok.babak seterusnya

mungkin tajuk agak susah difahami.yelah,bahasa barat kalau sudah dimelayukan memang agak kepelikan sedikit.
warga emosi aku spesifikkan kepada pak abu,abang kasim dan adik joyah yang tengah main guli.wanita pula,wanitalah.

pada suatu hening malam yang dipenuhi makhluk-makhluk halus kemerayapan di pokok mangga rumah mak minah ronggeng,kedengaran suara pak abu serta pasangannya mak senah nasik lemak sedang melepaskan kegersangan masing-masing.ini berikutan pak abu yang kerap bekerja syif malam selaku abang guard(gelaran yang direka sendiri pak abu walaupun sudah menjangkau 69 tahun) di sekolah agama berasrama di kampungnya.

dalam usaha bagi pak abu untuk memuaskan nafsu serakah isterinya itu,macam-macam cara dilakukan tetapi dia tidak dapat bertahan lama.hasil berkat menonton video-video biru yang dibluetooth dari pelajar-pelajar sekolah agama tempat kerjanya.tatkala projek warga emas yang sedang berlangsung itu hampir tamat,sepasang mata sedang asyik melihat adegan-adegan kemuncak itu.watak kedua yakni abang kasim,boipren kepada joyah,gadis idaman seantero kampung sukasuki.

tidak sampai 15 minit maka klimakslah pak abu sambil memandang kepada isterinya.mak senah kelihatan berang seperti singa yang baru lepas keguguran anak ke-4.
"senah tak puas lagi abang dah p****t!bencilah.menyampah!"(sila baca dengan nada keras tapi terketar-ketar)

"sori"(nada emo pak abu)

tiba-tiba kedengaran bunyi agak ganjil datang daripada bawah rumah,kedengaran suara kasim sedang gelak cover tak kantoi.pak abu pergi mengusha suara gerangan siapakah atau apakah itu.kelihatan makhluk berbadan gempal berparut jerawat batu sebesar batu cincin di atas hidungnya.sah,itu kasim.radio CNN yang melantik dirinya sendiri.menyebarkan dakwah-dakwah dan berita-berita berupa fitnah tetapi anehnya semuanya benar belaka(pulak dah fitnah boleh benar)

pak abu tersandar.malu.habislah.berita kepancutan keawalannya sebentar tadi pasti diketahui rakyat jelata berfikiran sempit di kampung sukasuki tu nanti.pak abu emosi.tak keluar rumah.

memang benar tilikan pak abu.tidak sampai 5 minit seluruh penduduk kampung telah tahu hasil berkat dan usaha kasim yang mengepost video perbualan pak abu dan isterinya tentang tragedi 15 minit itu di tiub-U.Maka kecohlah Kafe Siber kepunyaan orarng tua joyah dengan pelanggan-pelanggan tetapnya seperti pak khamis,tok ketua ranggi,si imam masjid dan ramai lagi warga kampung yang lain.video eksklusif pak abu telah berjaya mencapai 15,666,999 view dalam masa setengah jam pertama ia dipost.femes pak abu tatkala itu.berikutan dengan itu,dunia twitter juga sesak tatkala ramai warga kampung yang sibuk mentwitkan berita panas itu.pak abu membuka akaunnya,hampir semua rakan yang difollownya dalam twitter membincangkan perkara itu termasuklah janda lebai pak awang.

pak abu mencampak blackberrynya jauh.pak abu emo.selang 2 hari,berita kematian pak abu tersebar.pak abu mati terkejut kerana skrin blackberrynya tercalar.

babak kedua,
abang kasim meneruskan hidup seperti biasa.mengacau bapuk-bapuk yang berlenggang pulang dari pasar,menyorokkan tompok;maskot biawak kampung sukasuki dan tak lupa juga aktiviti kegemarannya bermain guli.

seperti biasa pada hari minggu yang hening,abang kassim 28 tahun,gemuk dan tidak mempunyai pekerjaan tetap mahupun sampingan akan bergerak ke rumah joyah setelah kenyang mentekedarah di rumahnya.mencari adik joyah yang juga mempunyai hobi yang sama dengan beliau iaitu bermain guli.adik joyah yang bernama adik joyah seperti tertera di surat beranaknya dek kerana kesilapan jururawat berbangsa jerman di hospital besar kampung sukasuki itu,sering dicari abang kasim untuk bermain guli kerana adik joyah tak sehebat abang kasim yang merupakan juara 14 kali inter-kampung dan bakal mengulangi kejayannya pada minggu hadapan pada kejuaraan kali yang ke-10 nanti(10?macam mana dia boleh menang 14 kali?)

permainan dimulakan dan anehnya kali ini abang kasim kalah.ternganga abang kasim.tersedu-sedu percakapannya tatkala melihat riak bangga adik joyah.kembang kempis hidung beliau.abang kasim emosi.menyalahkan gulinya.retaklah,tobeklah.guli adik joyah besar sedikitlah.dan macam-macam lagi.namun begitu adik joyah tetap tenang dan dengan selambernya berlalu pergi sambil kentut di hadapan abang kasim.terkesima abang kasim diperlakukan sebegitu.

abang kasim bengang.abang kasim emo diperlakukan sebegitu.dengan sepantas kelajuan cahaya abang kasim mengsms si joyah untuk berjumpa.berjalanlah si joyah dengan lemah gemalainya keluar dari pintu rumah untuk berjumpa dengan abang kasim.dia berkata

"ekele depan rumah pun nak sms?panggil jela gemuk!"

abang kasim tersedu sedan menceritakan bagaimana dia kalah dengan adik joyah sebentar tadi.bengang abang kasim.emo abang kasim.joyah tidak memujuk abang kasim tetapi cuma menukar topik secara tiba-tiba dengan bertanyakan khabar kambing peliharaan ayahandanya.abang kasim terlupa seketika tentang hal guli tersebut dan menyambung cerita kambing itu.namun di dalam hatinya itu masih tersimpan dendam emo kesumat terhadap adik joyah.

habis dah cerita.apa signifikannya cerita di atas?
lelaki emo?ya betul.
aku sebenarnya kehabisan cara untuk mentafsirkan tragedi kebangangan manusia.
jadi aku buat cerita di atas.bukanlah berniat untuk menerbitkan filem porno atau lucah.
kisahnya beberapa hari lalu aku ada berkomunikasi dengan sejenis organisma yang ingin aku klasifikasikan selaku hidupan beperwatakan manusia purba,emo tak tentu masa dan kembali tenang pabila bersembang dengan sang wanita.aku pelik.aku hairan.

aku mengaku aku rasa aku ada buat beliau sakit hati tapi tanpa niat.sekadar bergurau.sudah aku nyatakan kegurauan tersebut kepada makhluk serba hampes ni.tapi jawabnya

"no komen"

aku pun,

"wadehek?"

datanglah seekor wanita,mengatakan aku memang begini,bla,bla,bla.malas aku nak layan manusia berperangai ungka.dan yang lebih petatik,si lelaki terus melupakan emo yang memuncak tadi macam tu je.padahal tadi marah aku bukan main hebat.aku cakap sepatah dia jawab macam pakai skrip dalam novel panjangnya.

"wah mat lu kalau dengan awek cakap baik je"

dasar manusia hipokrit.
bukan nak kata apalah kan.tapi aku cukup jelik dengan orang-orang sebegitu(layak ke dipanggil orang)
lebih spesifik.lelaki sebegitu.dengan lelaki pehhh.gila ah tak nak buat kawan.
kalau perempuan anytime jalan.
aku bukanlah mencadangkan kau menjadi gay.tapi bagi sama rata ah kawan.
ni tak,orang mintak maaf tak nak dengar.tapi perempuan ajak sembang layan.
aish,kadangkala aku malu mengaku lelaki(erk,apekah?)


dahlah,aku pun nak emo jugak ah macam ni


अंत

Thursday, May 13, 2010

Topeng Perhiasan Manusia Urban

Kehilangan sumber-sumber metafora dan hiperbola yang agak melampau menyebabkan aku lama meninggalkan belog ini.atau adakah aku sudah berjangkit dengan penyakit sang koala atau si tapirus indicus?mungkin.

tapi tak mengapa.moving on

cacatan kali ini aku coret sebab teringat dekat kata-kata seorang rakan.

"kau tak rasa orang mesia ni gila pesen(fashion)ke?semua benda nak mahal-mahal je.nak branded je"

pada tatkala otak aku yang tak seberapa betul ditambah pulak dengan mentaliti yang agak kolot superb,sekeras-keras helmet pak mat pekerja kedai cat aku bangkang.hujah-hujah yang tah apa benda aku sembur,tabur je.tapi semua cakap aku mamat tu kiokkan dengan selambanya.akhirnya aku mengeluarkan ayat ultimate aku.

"bro,cuba kau tengok tu"

"apa dia?"

"pizza hut buat offer.lapar doe.jom ah"

"orait gak,aku pun lapar ni"

hah.pasal makan laju je.dan berakhirlah sidang konferens antara aku dan si pelahap.bangang betul mamat ni.haha

tapi,dalam masa yang sama aku fikir.ada betul gak kata si pelahap ni.walaupun otak beliau kebanyakannya agak cenderung ke arah benda-benda lucah seperti remaja-remaja lain.

yelah kalau kita tengok sendiri pun,jalan-jalan dekat mana-mana pusat kemaksiatan tak kisahlah Kuala Lumpur ke,Kuala Lipis ke,Kuala Pilah ke.Kuala Selangor bukan.Ada wali pernah duduk situ.tapi dia dah pindah Puchong.heh.sebarkan kesesatan ke tempat lain agaknya.

balik ke pangkal jalan.
mesti nampak manusia-manusia berpakaian serba stylo,bergaya selagi boleh.dari mat rempit hinggalah ke mat yo2 wassup.tip-top wallahhh

itu semua tak menjadi masalah.ya aku tau.kalau mereka berpakaian selebet selekeh kita pulak yang jelik termuntah-muntah.
masalahnya ialah,cuba lu tanya member lu kenapa baju ini yang dipakai,kenapa kasut itu yang disarung,kenapa boxer itu menjadi pilihan hati,kenapa?kenapa?kenapa?

jawapannya mudah

"shirt topman ni bro,gua baru beli semalam dekat mid.baru bergaya!"

"kasut timberland ni aku beli dekat singapura masa cuti sem hari tu.barang import ni mat.baru ada class"

"boxer aku kau usha?gua straight dude.blah2"

erk,ok jawapan yang last takde kena mengena.

jadi apa signifikannya situasi-situasi di atas?
tak tahu?tak faham?kurang jelas?samar-samar ayam?
lembab betullah kamu.macam ManU tatkala dititik Chelsea home dan away.

itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran manusia-manusia duniawi.barang branded baru nak style.benda import semua hebat.aish
pada akulah,tak salah rasanya kalau kita cuma pakai jenama abibas ke.asadi,croc longgok pasar malam atau yang paling jimat barang-barang pre-loved yang berlambak dekat mesia ni.ia tetap stylo.tetap hebat.tapi yelah.mentaliti.stigma homo sapiens terhadap barang-barang mahal tetap tak berubah.ada kalanya design bagi sebuah jenama tempatan yang tidak sefemes barangan luar lebih mengancam tapi dek kerana ia jenama tempatan yang tidak dikenali ramai,lu orang pandang sebelah mata je.ada yang tak pandang pun.kalau ada yang pakai kamu mulalah menjadi dj tak rasmi.sibuk sebar sana sini mamat ni pakai barang murah.minah tu pakai barang fake.ei apedehal lu mat?

yang lu pakai tah apa-apa tiru artis ni lah,pakai Onitsuka konon-konon indielah(padahal hipster).ha tu apa pulak?tak payah label-label orang murah,kedekut,miskin apa bagai.mereka cuma jadi diri sendiri.itu tak salah bukan?

rasanya orang-orang macam ni mesti jarang tengok cermin.tapi selalu bercerminkan orang lain.mengutuk tak tentu pasal.

jadi konklusinya,tak perlu pada aku untuk kita berhabisan uwang dan sen semata-mata nak bergaya.kita cuma perlu bijak mentafsir situasi.mencipta sebuah pandangan yang indah di khalayak ramai.cuba renungkan falsampah hidup aku yang baru

"Untuk berjaya dalam hidup kita tak perlu jadi pandai,kita hanya perlu pandai-pandai untuk   hidup"

ENDIR