"anak-anak melayu.tahniah.andalah yang terbaik"
*petikan daripada akhbar 'Harian Syafiq'
'Wow!'
itu merupakan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku yang cabul ni tiap-tiap kali kamu orang melintas di hadapan,sisi,belakang,mana-manalah.
macam-macam stail,macam-macam warna.segar mata memandang.tapi jijik akal mentafsirkan situasi.
apa sebab?
tengok bawah
bukan bawah tu!!
bawah ni
ni gambar bawah ni
erk.apakah?
geli,muntah,bulu roma naik-naik
woi!!
legging(bak kata omputih)
seluar renang bak kata aku.
tu bukan seluarlah nak pakai buat tayang dekat orang!
tak lawa,buruk,langsung tak style
"salah ke?ni fashion terkinilah"
pesen kepala abah kau.
terkini?abah kau lagi.
kalau nak kira terkini,aku dah tengok orang pakai macam ni dalam tv dalam drama,cerita tahun 60-an lagi.tu pun orang pakai semasa scene pergi kelab menari-nari bodoh.
terkini ke?
fashion ke?
jijik,aneh,hairan betul aku dengan muda-mudi sekarang.
benda-benda yang macam tu kamu pakai ke pusat membeli-belah,salun,yang paling tak tahan ke premis-premis makanan.mau tercekik pelanggan lain.tersembul roti bakar keluar dekat hidung,meleleh teh tarik ikut telinga.manakan tidak.'pakaian' seketat itu.baik tak payah pakai langsung.
kalau yang kurus kerempeng boleh tahan lagi,ini kalau yang dah macam badan baru lepas bersalin kembar tu,lemak sana,lemak sini,selulit lah lagi.kalau dapat dekat mata mak aku memang dah keluar dah ayat ni
"tengok tu,sarung nangka mobile"
dah tu yang lagi menyedihkan pulak yang mengamalkan ajaran pemakaian menatang alah ni semuanya MELAYU.alasan?tutup aurat.
sah kamu tak pergi sekolah.
tutup aurat tapi nampak bentuk sebegitu rupa buat apa cik adik oi,muka manis,perangai adalah yang beradab(tapi kebanyakannya tidak),ada yang bertudung lagi tu.
betullah orang kata kiamat dah dekat.yang halal memanglah kamu halalkan,yang haram pun kamu halalkan.
dunia-dunia.haish
bukan nak mengutuk sesama melayu.tapi inilah realitinya.aku tak nampak gadis-gadis cina,india ataupun etnik-etnik sabah sarawak yang berpakaian sebegitu.maafkan aku kalau ada.tapi aku memang tak pernah nampak.mungkin sebab mereka bebas berpakaian seluar pendek.tapi kamu tidak.tapi kamu mahu.jadi 'seluar renang' itulah penyelesaiannya.
bagi aku,mereka-mereka yang berpakaian sedemikian serupa dengan memakai tag
"lihatlah dunia,akulah manusia paling hodoh serta bodoh"
di leher kalau tak pun melekat dekat dahi.
sudah-sudahlah dengan gaya hodoh barat tu.apa yang orang buat,semua kamu nak tiru.cubalah,sekali je,hidup dengan jadi diri sendiri.tak perlu nak ikut-ikut perangai orang yang tak semenggah tu.kalau yang baik kamu ikut tak mengapa,ni yang buruk jugak kamu nak teladani.kita orang malaysia,orang timur,hiduplah dengan gaya ketimuran yang memang sejak azali lagi kita diperkenalkan.tak perlu hidup dalam keadaan berpura-pura.aku penat,aku berdosa.
fen