Sunday, July 18, 2010

repekan si homo sapien

yeah.dengan telefon tangan sekali lagi.terpaksa menaip.sesawang sang labah-labah telah memenuhi ruang kosmik belog ini nampaknya.

Sepencarian harta karun di bandar kuantan telah menemukan beberapa perilaku janggal antaranya si minah tompel yang dahulunya menjaja cincau kini menjalankan perniagaan barangan pre-loved.lebih market katanya.terserempak dengan ah kwong anak lelaki mr tan yang sedang mengusung botol shisha.dah berhenti merokok katanya.shisha pulak?haih manusia.

Perubahan mendadak manusia mengalahkan teori darwin kadangkala menyebabkan aku ternganga.ligat neuron-neuron otak mencari solusi kepada permasalahan yang menggunung-gunung mengalahkan jendul haji sanip criscet.

Orang kampung menyalahkan orang bandar dek kerana perangai yang kurang sopan,orang bandar menyalahkan orang kampung sebab budaya kekampungan yang dibawa ke bandar.apedehal?

Dekat sini aku nak cakap semua salah!biasalah tu bila binatang lain ceroboh kandang binatang lain.takkan tiba2 bermutasi,menyondol ahli kandang yang lain?tak ke panas pengerusi kandang kalau ada newcomer melancarkan serangan sperma terhadap si betina gerek?berbulu beliau.confirm.

Secara mudahnya bagi kamu yang tak faham-faham lagi ialah janganlah kamu dengan mudah sambil lewa menganggap,mengklasifikasikan manusia sesuka hati.bagi peluang dekat mereka belajar adat,cara tempat baru.kalau betul diamkan.kalau salah.bisikkan.tak payahlah sampai status mukabuku,mespes,kawanster,tagged dan segala macam lagilah,nak tulis pasal mamat ni pakai sweater siang-siang buta macam orang gila.minah ni pakai selipar nippon pergi cafelah.tak perlu.cuma tengok.diam.dan kutuk senyap-senyap.ok?

Al-kisahnya dah dekat 2 bulan aku jadi pemastautin tetap tapi sementara dekat kmph.macam-macam orang aku dah jumpa.anak lord,anak anak ikan,anak ayam,anakin skywalker je belum.macam-macam gaya.dan bermula dari situ jugak lah telinga aku panas dengar repekan,komen-komen dari mereka yang kononnya pefek tapi hancus.come on people.we can do better than this.

FINAL

Friday, July 2, 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Dinosaur

orait.ini sangat menarik.pentaipan kali ini dijalankan melalui telefon tangan.haha.sedikit absurd terasa di sini.tak boleh nak taip panjang.leceh.penat.payah.

Hari ini terasa bagai tak kena.pagi dinihari aku bangun terpinga-pinga.ternganga.air liur basi berbau hamis sangat tidak ortodoks dengan perasaan bercampur baur dek kerana mimpi yang tah apa-apa.satu lagi hari bakal dilalui di kolej.terasa nak pakai e=mc kuasa 2 untuk mengira selaju mana masa telah berlari meninggalkan aku semenjak lepak-ing dekat sini.haish.serabut.

Hari ni berlalu macam biasa.dengan perasaan separuh sedar,"eh dah pukul 12?"balik ke bilik.stress.tekanan.ditaji dalam kuliah.rancangan esok hari yang dah setting 2 3 minggu pun batal.kesian bonda.sedih suara beliau.tapi yelah kan.kita yang merancang.Dia yang tentukan.selalu aku terfikir,mana manusia yang nak sangat cipta mesin masa?mana doraemon?mana?mana??ahhh

Tekanan lagi.

Wahai kawan,teman,sahabat.maafkan aku kalau berlaku sombong,bermuka platipus kematian pucuk.sesungguhnya aku sangat tension.kalaulah aku boleh aplikasikan projectile motion terhadap emosi aku sekarang.sudah tentu sir hazri senyum girang segirang kucing bunting beranak lapan bersama aku.haih

Oh Tuhan.tolong aku.

FIN