HAIYA!!!!
(aku baru lepas bace manga,jadi agak terbawa-bawa sedikit.maaf)
ehemm....agak lame aku tidak berbual bicara disini
ade sesuatu terjadi pada aku
"mak die tak bayar bil internet??"
"die pergi holiday...heh"
"malas nak bukak kut?"
"eksiden la 2....ish2.kesian..."
haha.aku tidak menolak sebarang kebarangkalian tersebut.tapi maaf.jika itu pilihan korang,
"silap bebeno lah yop!!"
ok,
memang semenjak due tiga empat menjak ni aku agak kekeringan,kebosanan.semua org nampaknye sudah tau menilai hidup dan akhirnya mula hidup selaku manusia normal.(macam mane aku nk mengondem mereka??)tambah2 pulak dengan tragedi yang mengguris hati aku...cewahh...haha.tapi....yela kan.hidup memang begitu.terlalu banyak simpang.sesatlah aku sekejap...sekarang aku da OK!!!(kot)
Orait,setelah mendapat sedikit suntikan nitrus oksida(gas ketawa.terima kasih KAWAN)
aku kembali berkarya(sekarangla!!)
panjang betul intro...aish
ilham datang(ilham tuh idea,bukan nama org ye)
trimas kepada sahabat|kawan|rakan aku,lyana
sebenarnya,benda ni merupakan masalah beliau....dan aku dapati ia sesuai sekali dijadikan bahan kutukan hari ini.haha(sampah orang lain merupakan harta karun yang lain.heh)
lyana ade seorang sahabat|kawan|rakan(nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan)
bagi lyana,die mmglah seorang teman yang baik.sehinggakan hampir semua rahsia dia dibongkarkan kepada beliau(rahsia ex die pn on gak)
tapi,tuh semua atas tujuan baik,semata-mata ingin mendapatkan nasihat,serta kata-kata hikmat.
namun,si die ini telah menyalahtafsirkan salah satu daripada rahsia yang diceritakan kepada beliau
maka,buruklah nama sahabat karibku ini.
perempuan.apa je yang mereka boleh buat bila dah jadi macam ni.meleleh la air matanye....
nasib baik ade orang-orang macam aku yang sudi mendengar masalah(pastuh boleh kutuk dan mengata.haha)
bukan apa,yelah kan.kalau dah namanye rahsia.secara automatiklah kita selaku yang mengetahui untuk mendiamkan diri tentangnya bukan?tapi,hamba Allah yang sorang ni tak faham bahasa kot(mungkin keluarganya mix macam kamu.perasan bagusla??)
maka terbukalah hijab kemaluan(uish,jangan fikir lain) sahabat aku ni.....berikutan perkara ni juga,ramai yang membencinya...
apekehal??selidik tidak tapi kamu semua sudah melatah tak tentu pasal kemudian turut serta pesta menyebarkan dakyah haram ni.
mentaliti orang zaman sekarang lebih kurang askar jepun dulu je.....seksa dulu,soal kemudian.heh....rosak.
berbalik kepada rakan aku ni.tiada apa yang dapat dilakukan selain mencari sokongan daripada rakan-rakan lain yang lebih mempercayainya.
Akhirnya.dia tenang.tabahlah kawan.
haaaa......pendapat?komen?ke ada yang terasa pernah buat??
kalau ada...faham-faham sendirilah.aku berkarya bukan sebab mahu tunjuk lagak yang aku ni hebat atau suka bermadah.cuma ingin membantu untuk mendamaikan suasana.menghilangkan keragauan dan lain-lain lagilah.
di sini aku cuma ingin jelaskan sesuatu.
boleh baca tajuk?cuba baca kuat-kuat
haa....bagus.
sesungguhnya,sahabat|kawan|rakan-lah merupakan penyeri hidup kamu yang sebenarnye.bukanlah teman lelaki mahupun wanita(kalau kamu obses sangat terhadap mereka,mungkin)
jadi,pandai-pandailah hormati segala apa yang diberikan kepada kamu.
hargailah mereka.
p\s:maaf,rahsia apa yang dibongkarkan juga tidak dapat diceritakan.sangat sulit
WAKASAN
No comments:
Post a Comment
lolongan mereka