semoga kau berjaya menempa sebarang nama di sana wahai adik.
okeh,
sebelum hantar beliau,kami sekeluarga sempat lah jugak usha zoo taiping tuh(actually adik aku yang paling bongsu yang sibuk-sibuk nak pergi)
tulah pasal tajuk kat atas macam tuh,tp jenis binatangnya je lain.
nak tau ape yang lain??ha,baca ah sendiri
jam matahari dekat tangan aku menunjukkan tepat jam 5.15
punyalah ramai orang(apa kamu orang tak pernah pergi zoo ke??)
mencarut-carutlah aku di dalam hati sambil gelak-gelak dengan adik-beradikku setelah melihat beberapa kandang yang dilabelkan sebagai "kosong"
haha.bodoh betul.
macam-macam jenis orang,
macam-macam jenis perangai
dan maaf kepada sesiapa yang terasa,aku bukan nak mengata,tetapi cuma berkata-kata.
berjalanlah kami ke seluruh pelusuk zoo tuh.ade tren(tren ke dia panggil?ye kot)tapi orang ramai,dan kesuntukan masa.menapak jelah kami.
agak penat berjalan,sampailah dekat kandang bintang hampir pupus yang sekor ni.
seorang budak cina bertanya kepada ayahnya.
"papa,ni apa??"(aku tak reti nak tiru slang dorang,jadi pandai-pandai kamulah)
si ayah jawab,
"orang utan"
anak tanya lagi,
"bahasa inggeris?"
ayah,
"orang utan"
erk,apekahh??
apa-apa jelah,mereka bukanlah watak utama cerita hari ini,saja nak bagi panjang.
dalam tengah penat aku pun tengoklah orang utan tu
ada lah dalam 3 4 ekor.
aku pun pergilah baca maklumat yang ade tertulis dekat information board pasal orang utan ni,dengan benda-benda yang dilarang untuk kita selaku manusia terhadap mereka yang berada di dalam tuh.macam baling makanan dan semua lah.
aku alihkan pandangan dekat orang utan tu pulak
biasa je.adalah salah satu daripada dorang tengah main dengan botol-botol plastik......
eh,kejap-kejap.
apekejadah?memang mainan die botol tu ke?
tak mungkin.
aku pun pandang ke kiri dan kanan,
tiba-tiba.
wah!!ade benda terbang!!!
"kapal terbang lah tuuu"
"UFO!!!aaaa!!!lari selamatkan diri!!!"
"ceh,nyamuk"
bukanlahhhh,
dupp.dupp.
lebih kurang 2 biji(biji eh?ke buah??)botol plastik jatuh dekat depan orang utan yang tengah main tu
binatang tak berakal tu pun kutiplah benda tu dan kumpul setempat sambil main-main dengan botol tu
aku pun pelik dengan perilaku binatang tu,aku tengok mamat tu balik.
aik?boleh die gelak pulak?
"kesian,dia haus.."
kata mamat tersebut.
haus kepala tengkorak kamu.
nilah dia orang kata 'dasar bangsa tak tahu membaca'
dah terang-terang tulis dekat situ
'DILARANG MEMBALING SEBARANG OBJEK KEDALAM SANGKAR/KANDANG HAIWAN'
tapi kau buat dek je mat
bajet hero ah bagi orang utan tuh minum?
apa kau tak nampak apa orang utan tu buat ke?
dia kutip dan simpan setempat semua botol-botol tu lah BODOH
masa tuh aku terfikir,
mane satu binatang ni?
aish,macam mana Malaysia nak maju,
kalau peraturan semudah tu pun kita tak boleh nak ikut?
agak panas dengan tindakan mamat bodoh yang tidak sekolah tu(rasanya)
aku berjalan kembali kepada papan kenyataan tu
kuat jugaklah aku baca balik benda kat situ
kalau beliau tak dengar jugak,tak tahulah
tapi okey gak kalau tak dengar
bodoh+pekak=pakej lengkap manusia tak bertamadun.
lepas tu aku terus ajak keluarga aku beredar
pergi tengok binatang lain pulak
meluat lah tengok perangai manusia seakan-akan binatang tu
hah
malas aku nak cerita pasal binatang dah.
nampaknya binatang-binatang dekat zoo ni lagi terpelajar daripada para pengunjung ni.
aku bukan apa,
segan dengan pelancong-pelancong luar yang datang ke malaysia ni
cuba bayangkan kalau dorang ternampak insiden bodoh ala-ala bahlol tuh?
tak ke malu kita rakyat mesia??
nanti bila dorang balik ke negara asal dorang,
mesti dia cerita semua dekat kawan-kawan mereka
maluuuuuuuuuuu
tak taulah bagi kamu semua yang memang tak ade perasaan langsung tu
tapi bagi aku,ya.
memang amat memalukan.malu bangsa,malu negara.
bukan susah nak jaga maruah diri sendiri.
cuma ikut sahaja peraturan yang dah ditetapkan,
tak kisah lah peraturan negara,ataupun hukum dunia sendiri.
tak kan kamu tidak tahu beza lagi??mana yang baik dan mana yang buruk???
terpulanglah.
aku cuma hendak cakap,fikirlah masak-masak terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.
nanti jangan pulak apabila sudah dikenakan sebarang tindakan
baru kamu nak terkesima tak terkata-kata.
apa-apa pun.
come on-lah malaysian,we can do better than this
final