jadi,harini aku nak cakap pasal aku lak.selalu cerita pasal orang je.Apa ah salahnya sekali-sekala cerita pasal diri sendiri lak.yang bezanya aku bukan nak kutuk diri sendiri ah.
seperti yang diketahui para pembenci,pemBERSIH,pencaci,pencacai,dan segala macam pen- dan pem- lagi,dah genap 19 tahun masihi aku disuluh cahaya mentari(todia ayat tak nak kalah).dalam masa 19 tahun ni dah banyak aku harung.susah,senang,suka,duka.kejayaan dan kegagalan yang paling penting sekali.
tapi aku sedar yang walau macam mana gagal pun sekali kita ni,kita kena ingat kita diantara sperma-sperma terpilih woo.dalam jutaan sperma yang ditembak secara rambang kita ni yang paling hebat!kita semua sebelum lahir lagi dah memang juara!
ni macam dah menyimpang je dengan apa yang aku nak cerita-.-
ok kembali ke pangkal jalan.
aku nak cerita pasal aku kan?ha jadi ni ceritanya.taknak baca takyah baca.
mama aku cerita dulu tanggal 3 julai 1992,kami sekeluarga tinggal dekat taman cuepacs lagi.dekat cheras.tengah malam jumaat tu,mama sakit.sakit sangat.akulah punca mama sakit yang amat.dekat 2 3 jam mama nak paksa aku keluar.nak bagi aku rasa apa tu kari ayam,apa perasaan jatuh naik basikal,apa perasaan main kereta tamiya,nak bagi aku kenal apa tu dunia.
dalam pukul 3 pagi camtu,aku selamat dikeluarkan dari tab mandi cecair embrionik mama.aku selamat.mama tersenyum lega.tapi mama belum lagi.
doktor cina:"haiya,wa talak tau ma.ini,ini banyak susah maaa.feng shui lari woo!"
doktor melayu:"ini terkena buatan orang ni,saya tak berani tanggung hutang,eh risiko"
doktor sikh:"ambo pung dok reti gak natam ni,pah ceroh dok reti.anta gi spital besar deh?"
*korang bukan salah baca tapi memang doktor sikh tu orang terengganu,bini dia kelantan.
maka pagi tu jugak ah mama dikejarkan ke hospital besar kolumpo.sebabnya,uri yang tak dapat dikeluarkan.doktor kajang takde kepakaran dan alatan untuk hadap situasi yang macam tu(haram punya spital Kajang!kalau mati mama camne!)
tapi alhamdulillah,mama selamat.
selama seminggu aku kat kajang,mama dekat spital besar.tak terbayang aku macam mana sorang mak tu tak dapat tengok anak yang dia bermati-matian lahirkan selama seminggu yang pertama.tah sihat ke tak anak tu,comel ke tak,hensem ke tak,ada lesung pipit belah mana,tanda lahir kat mana.taktau.mama taktau semua tu.
tu cerita aku.pernah korang tau cerita korang macam mana?
untuk hari lahir aku yang ke 19 ni.hadiah ni yang mama aku bagi.cerita tentang macam mana aku boleh ada dekat sini.kek boleh bagi,makan,habis,hadiah boleh bagi,rosak,buang.cerita boleh bagi,ingat,jadi teladan.
cerita ni buat aku sedar betapa susahnya aku nak ada dekat dunia ni.betapa sukarnya mama nak pinjamkan separuh nyawa dia dekat aku malam 19 tahun yang dulu.masa mama cerita dekat aku memang masa tu aku buat rilek je.tapi dalam-dalam tengah chillex tu aku terfikir.macam mana kalau dulu mama tak sempat dibawa ke spital besar?macam mana kalau takde doktor sikh tu?tak ke aku yang jadi punca mama aku pergi?banyak sangat kalau yang aku fikirkan malam tu.
jadi dengan ini aku memutuskan untuk tidak sambut hari lahir aku pada tiap-tiap tahun.tapi aku ganti dengan hari mama!yeah!!SELAMAT HARI MAMA,mama
sayangilah mama,umi,ibu,mak,emak korang.tanpa dorang,sapelah korang2 semua ni.seteruk mana pun perempuan yang korang rasa benci tu,yang korang rasa macam ahli sihir tu,yang serabai tiap2 hari,yang moody je kebanyakan hari,dia tetap mama korang.ibu korang.mak korang.emak korang.dengarlah cakap dia.patuhlah cakap dia selagi tak bercanggahan dengan syarak.yang lelaki ingat,syurga korang sampai mati dekat tapak kaki ibu.berbaktilah dekat dorang selagi dorang ada.jangan nanti dah kahwin tukar pulak syurga bawah tapak kaki bini.memang mintak penampar sedas dua.yang perempuan pulak,nanti dah kahwin syurga bawah tapak kaki laki,so sementara tak kahwin lagi ni,dengar ah cakap perempuan tua tu berleter.takde sebab lain punya.dia nak korang semua jadi orang,bukan binatang,mahupun organisma-organisma lain.tu je.
mama,angah sayang mama :)
watammatkalimaturobbika..